Rahmatan lil alamin dan maqasid syariah: Menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menjunjung kasih dan mengalu-alukan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Kedua Parlimen Ke-14.

Dalam istiadat itu, Tuanku YDPA bertitah:

“Beta amat menyokong usaha kerajaan untuk mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan lil alamin dan maqasid syariah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia.”

IKRAM berpandangan, prinsip rahmatan lil alamin dan maqasid syariah wajar diterima oleh semua pihak tanpa mengira fahaman politik untuk mencapai status negara maju yang menyerlahkan kesyumulan Islam yang sesuai sepanjang zaman.

Dunia Islam menaruh harapan tinggi agar Malaysia menjadi model negara Islam moden yang berprestasi tinggi dan mementingkan kesejahteraan rakyat keseluruhan.

Rahmatan lil alamin mempunyai makna yang luas merangkumi segenap aspek termasuk sikap adil, berkasih sayang, bertolak ansur, bersangka baik, tidak prejudis, ramah-tamah dan harmoni.

Dalam konteks Malaysia, sikap rahmah perlu diterapkan kepada semua elemen kehidupan termasuk rahmah terhadap bangsa Melayu dan bumiputera yang masih belum mendapat haknya, dan juga bangsa-bangsa lain yang menghormati undang-undang negara.

Pendekatan rahmah juga harus diterjemahkan untuk pembelaan golongan wanita, kanak-kanak, orang tua, orang miskin, anak-anak yatim, mualaf, orang kelainan upaya (OKU), pesakit kronik, pesakit mental, malah haiwan dan alam sekitar.

Berdasarkan pendekatan rahmatan lil alamin inilah, IKRAM menggagaskan 12 Ciri Negara Rahmah yang menjadi visi IKRAM bagi mewujudkan sebuah negara bertamadun yang maju, progresif, pembangunan yang seimbang diiringi dengan keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT.

Ciri-ciri tersebut ialah:

1. Kepemimpinan Negara yang Kompeten dan Berintegriti
2. Sistem Pemerintahan yang Berasaskan Semak dan Imbang yang Berkesan
3. Tadbir Urus yang Baik
4. Undang-undang yang Adil
5. Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang
6. Institusi Keluarga yang Utuh
7. Hubungan Etnik dan Penganut Agama yang Harmoni
8. Ekonomi yang Mampan
9. Agihan Kekayaan yang Saksama
10. Pembangunan yang Lestari
11. Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Rakyat yang Terpelihara
12. Menerajui Usaha Keamanan dan Kesejahteraan Sejagat

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia