Qurban Kasih Ummah dilaksanakan di seluruh negara

Hari Raya Pertama – Jumaat 10 Zulhijjah 1433H / 26 Oktober 2012

Dua ekor lembu dikorbankan dalam Qurban Kasih Ummah anjuran IKRAM Sungai Petani dengan kerjasama Pusat Khidmat Gurun dan Surau Al Falah, Jeniang. Qurban turut dilaksanakan oleh IKRAM Daerah Tumpat, Kelantan di Pesisir Sungai Golok, IKRAM Sabah dan Hidayah Centre (HC) Sabah di Kampung Lobau Inanam, Kota Kinabalu dan Surau Taman Pengalat, Papar. IKRAM Daerah Setiawangsa juga melaksanakan qurban di PPR Jelatek.

Hari Raya Kedua – Sabtu 11 Zulhijjah 1433H / 27 Oktober 2012

JK Khidmat Masyarakat IKRAM Pusat tidak ketinggalan mengadakan Qurban Perdana Kasih Ummah IKRAM 1433H di Kompleks Pendidikan Al-Amin Gombak dengan kerjasama IKRAM Gombak, IKRAM Ampang Jaya dan PIBG Pusat Pendidikan Al-Amin (PPAA) dengan kehadiran 350-400 ahli-ahli IKRAM dan masyarakat setempat.

Turut hadir Presiden IKRAM, Ust Dr Parid Sheikh Ahmad dan Pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM, Hj Nahar Md Nor. Dr Parid turut menyampaikan ucapan dan ceramah qurban serta menyampaikan cenderamata kepada anak yatim dan guru-guru Al-Amin. Pada hari yang sama, IKRAM Lembah Pantai dengan Surau An-Nur Penjara Pudu turut melaksanakan quban. Sementara itu, IKRAM Daerah Kemaman bersama masyarakat Felda Neram 1 melaksanakan sembelihan qurban.

Di Utara, IKRAM Seberang Perai Tengah (SPT) melaksanakan qurban di Masjid Kg Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Turut hadir YDP IKRAM SPT Sdr Zulkarnain Ahmad yang mengetuai Qurban Kasih Ummah IKRAM SPT. Daging qurban seterusnya diedarkan di sekitar kampung secara bermotosikal.

Foto: IKRAM Kemaman, IKRAM SPT dan IKRAM NS

IKRAM Negeri Sembilan melaksanakan qurban dua ekor lembu di Kampung Seberang Pekan, Kuala Pilah. Turut hadir YDP IKRAM Negeri, Dr Badlishah Sham Baharin menyampaikan agihan daging qurban kepada penduduk setempat. IKRAM Sabah dan HC Sabah telah melaksanakan qurban di Surau At Taqwa Kg Siba, Bundu Tuhan Kundasang dan IKRAM Sarawak dan HC Sarawak telah melaksanakan qurban di Kuching dan Bintulu.

IKRAM Daerah Kulai Jaya pula telah melaksanakan qurban Surau Kampung Sri Paya sementara IKRAM Negeri Pahang di Peramu Jaya. IKRAM Daerah Petaling Jaya telah melaksanakan qurban di Raudhatus Sakinah Selangor di Kg Kubu, Sungai Buloh. Program qurban ini melibatkan sebanyak lima ekor lembu, dua ekor daripadanya adalah untuk Qurban Kasih Ummah.

Foto: IKRAM Lembah Pantai, IKRAM PJ dan IKRAM Hulu Langat

IKRAM Daerah  Subang Jaya turut melaksanakan qurban di Surau Al Falaq, Perumahan Rakyat Flat Enggang, IKRAM Daerah Besut di Masjid Kampung Limbungan dan IKRAM Daerah Dungun di Surau Kampung Paya. IKRAM Hulu Langat telah menjalankan ibadah qurban bersama-sama masyarakat di sekitar Surau Ar-Ridhuan, Council Homes, Bandar Baru Bangi.

Hari Raya Ketiga – 12 Zulhijjah 1433H / 28 Oktober 2012

IKRAM Daerah Kulim telah melaksanakan qurban di Masjid al-Muhtadin, Sungai Seluang. Tazkirah disampaikan oleh Ust Ahmad Shahimi pengerusi JK Khidmat Masyarakat IKRAM Kedah. Sembelihan dua ekor lembu qurban telah dijayakan oleh YDP IKRAM Daerah, Ust Rahim Soleh Penyampaian daging korban dilakukan oleh YDP IKRAM daerah Kulim. Sementara itu, tiga ekor lembu telah dikorbankan semasa program qurban IKRAM Perak dan IKRAM Ipoh dengan kerjasama Persatuan Penduduk Islam Taman Desa Pinji di Lahat, Perak.

IKRAM Subang Jaya malaksanakan qurban dengan kerjasama Surau Nurul Iman, Hidayah Centre dan Unit Pengurusan Mualaf MAIS di Surau Nurul Iman, Saujana Puchong. Di samping aktiviti penyembelihan, melapah, memasak dan agihan daging qurban, majlis juga meraikan beberapa saudara baru sekitar Subang Jaya dan Puchong dalam majlis yang dijalankan di  surau, diikuti dengan pemberian daging qurban dan sesi tazkirah, dan berakhir dengan jamuan tengahari dan solat Zohor.

Foto: IKRAM Subang Jaya (foto 1) dan IKRAM Kelantan

IKRAM Negeri Kelantan, IKRAM Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Raudhatus Sakinah Negeri Kelantan telah melaksanakan ibadah qurbandi perkarangan Sekolah Menengah Islam Aman, Binjai, Kota Bharu. Tiga ekor lembu berjaya ditumbangkan. Lebih 100 ahli IKRAM, warga Pusat Pendidikan Aman dan masyarakat sekitar menjayakan program ini.

Turut hadir YDP IKRAM Kelantan, Ustaz Dr Mohd Shaarani Mohd Naim dan Ketua Wanita Negeri, Dr Norhani Abdul Rani. Pada majlis tersebut para ikhwah dan akhawat serta guru-guru SRI dan SMI telah bergotong-royong menyiapkan juadah nasi dan lauk pauk dari daging qorban untuk diadakan ‘bekwah’ (jamuan) untuk tetamu yang hadir pada hari itu. Kemudian daging-daging qorban diagihkan kepada penduduk setempat dan guru-guru.

Qurban Kasih Ummah IKRAM Daerah Hulu Selangor diadakan di Kg Kuantan, Batang Kali dengan kehadiran Ustaz Hassanudin, YDP IKRAM Selangor merasmikan program ini. Program kerjasama JK Kebajikan Negeri, JKKK Kg Kuantan, Pusat Darah Negara dan IKRAM Health ini adalah  lanjutan dari usaha-usaha membantu mangsa banjir beberapa bulan lepas, diselang-selikan dengan Pameran JK Pembelaan Ummah, peraduan mewarna, sukaneka, pemeriksaan kesihatan, derma darah, futsal dan ceramah berkenaan wanita. Ustaz Hasanuddin juga  telah menyampaikan bantuan daging kepada para penduduk Kg Sg Masin dan Kg Genting Malik.

Foto: IKRAM Hulu Selangor

IKRAM Daerah Pontian menganjurkan ibadah qurban di Surau Parit Tegong. Sebanyak tiga ekor lembu telah disembelih, dan daging dan tulang telah diagih-agihkan kepada penduduk-penduduk kampung setempat, saudara baru, dan beberapa keluarga fakir miskin di daerah Pontian. Turut hadir YDP IKRAM Johor, Prof Madya Ainullotfi Abd Latif.

Foto: IKRAM Pontian

Sekolah Islam Hidayah turut melaksanakan qurban di Padang Hidayah. Proses melapah dan membahagi-bahagikan daging dilaksanakan di Bangunan Amanah. Sebanyak sembilan ekor lembu telah dikorbankan berbanding lapan ekor pada 2011. Turut serta ialah Lembaga Pemegang Amanah Hidayah, Lembaga Pengelola Hidayah, Pengetua SMIH dan Guru Besar SRIH.

Sementara itu, IKRAM Sabah dan HC Sabah melaksanakan qurban di Kampung Kedalakan, Keningau, IKRAM Daerah Batu Pahat di Kampung Parit Raja dan IKRAM Daerah Segamat di Surau Rumah Awam Batu Anam.

IKRAM Kedah pula melaksanakan qurban di Pedu, IKRAM Daerah Seberang Perai Utara di SMART Tasek Gelugor, IKRAM Daerah JB di Raudhatus Sakinah Johor, IKRAM Daerah Kuala Terengganu di Surau Kampung Ladang Nesan Empat dan IKRAM Daerah Timur Laut dan HC Pulau Pinang di Nibong Tebal.

Foto: Sekolah Islam Hidayah dan IKRAM Putrajaya (foto 3)

Hari Raya Keempat – Isnin 13 Zulhijjah 1433H / 29 Oktober 2012

Program Qurban anjuran Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dengan kerjasama IKRAM Putrajaya telah diadakan dengan jayanya. Ustaz Hassanuddin Mohd Yunus selaku Pengarah  Program Qurban yang telah sama-sama menggemblengkan warga CUCMS dan masyarakat setempat. Program tersebut turut dihadiri oleh Presiden CUCMS, Dekan, Ketua Jabatan dan pensyarah serta para pelajar dan ahli-ahli IKRAM Putrajaya.

Sejumlah empat ekor lembu telah dikorbankan. Majlis yang meriah tersebut turut diselangi dengan takbir dan doa serta kerja-kerja melapah dan membahagikan daging-daging qurban. Program yang bermula seawal 8.00 pagi itu berakhir dengan majlis memasak daging qurban dan makan tengahari bersama.

Semoga tradisi ibadah Qurban sebagai khidmat untuk masyarakat dapat disemarakkan dan diperluaskan dari masa ke semasa bagi membantu mereka yang memerlukan, insya-Allah.

Foto utama: Qurban IKRAM Kelantan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia