Qari OKU Malaysia Muncul Johan Tilawah Antarabangsa

Qari OKU Malaysia Muncul Johan Tilawah Antarabangsa | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, muncul sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-63 bagi kategori lelaki di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Muhammad Qayyim yang berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan dan berasal dari Kelantan itu berjaya memperoleh markah sebanyak 94.96 peratus.

Muhammad Qayyim turut membawa pulang hadiah emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai, piala iringan dan sijil.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Baginda turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Anugerah johan tilawah kategori qariah pula dimenangi peserta dari Maghribi, Sara Belmamoun, manakala, johan bagi kategori hafazan lelaki dan wanita dimenangi peserta dari Guinea, Omar Toure serta Tebani Cheyma Enfal dari Algeria.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, umat Islam perlu menjadi model peranan bagi semua manusia dalam segala aspek kehidupan bermula daripada keperibadian mulia, integriti, rohani dan duniawi.

“Ini kerana umat Islam sejati memiliki keperibadian yang seimbang dan tidak terlalu ekstrem. Mereka adalah pendukung amalan belas kasihan, amat bertimbang rasa, sentiasa menghulurkan bantuan dan sering menguatkan antara satu sama lain serta menggalakkan kerjasama dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sembah ucapan aluan pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

“Memupuk perpaduan dalam sebuah negara berbilang bangsa dan agama bukan mudah namun ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksana dengan penuh beramanah.”

Jelasnya lagi, al-Quran telah membentangkan pelbagai formula Rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara.

“Konsep Malaysia MADANI digarap dan dijadikan sebagai pelantar untuk masyarakat terus mengorak langkah memperkukuh rasa kebersamaan dan saling berukhuwah.”

Menurutnya, Pelan Transformasi al-Falah turut dibangunkan sebagai inisiatif untuk bersama-sama mendukung dan merealisasikan gagasan Malaysia Madani.

Program penghayatan al-Quran seperti Majlis Tilawah dan Hafazan di peringkat antarabangsa yang sudah memasuki edisi ke-63 akan sentiasa diangkat menjadi acara rasmi di peringkat negara.

MTHQA bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berlangsung selama enam hari bermula 19 Ogos lepas membabitkan dua kategori iaitu pertandingan Tilawah al-Quran dan Hafazan al-Quran 30 juzuk.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia