Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah lancar Food Bank

Perasmian bantuan bank makanan ini telah disempurnakan di Sekolah Rendah Islam As-Sa’idiyyah (SRIAS) yang dihadiri wakil IKRAM Seremban, Hj Hasri Wazir.

 

Program bank makanan ini bertujuan untuk membantu menyediakan makanan dan barangan kering secara percuma untuk warga Pusat Pendidikan As-Sa’idiyyah (PPASB), penduduk taman berdekatan, ibu bapa, penjaga pelajar dan mereka yang memerlukan.

 

Turut bersama hadir dalam pelancaran program itu ialah Pengerusi PIBG Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (MTAS), Penghulu Taman Rashidah Utama, Hj Zainal, AJK penduduk Taman Rashidah Utama dan Taman Guru serta tetamu-tetamu jemputan.

 

 

Semoga program kebajikan seperti ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat pada musim pandemik ini.

 

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang barangan keperluan kering bagi As-Sa’idiyyah Food Bank, mereka bolehlah berhubung dengan Ustaz Shirazi (SRIAS) di talian 012-2745604.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia