SHAH ALAM – Lagu IKRAM Muda dinyanyikan dengan penuh semangat, manakala Memorial Night: Awaken Your Soul begitu menggamit memori dan menyentuh emosi penonton mengenai liku-liku perjuangan dakwah dan tarbiah.
Pelancaran lagu IKRAM Muda telah disempurnakan oleh Ketua IKRAM Muda, Khairul Anuar Kamaruddin pada Sabtu malam dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2023) di IDCC di sini.
Lagu ciptaan Nuāman Zeyad ini mengambil inspirasi daripada semangat juang anak muda yang istiqamah dalam gerak kerja, dan ilmu pengetahuan menjadi teras keberlangsungan dakwah dan tarbiah khususnya dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia.
Menurut Khairul Anuar, selaras dengan kempen Bangunkan Jiwamu, lagu IKRAM Muda membawa mesej teras strategi wadah mesra anak muda, menjana solusi demi kesejahteraan masa depan negara.
āIKRAM Muda Malaysia merupakan platform khusus untuk anak muda, mendekati anak muda yang lainnya dengan mesra dengan aspirasi untuk memacu ke arah kesejahteraan masa depan negara,ā jelas beliau.
Beliau turut memetik kata-kata Saidina Umar al-Khattab r.a. dalam ucapan pelancarannya:
Ā “Aku bercita-cita agar rumahku dipenuhi pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah bin al-Jarrah, Mu’adz bin Jabal, Salim Maula Abi Huzaifah dan Huzaifah bin al-Yaman.”
Usai pelancaran, lagu IKRAM Muda telah dinyanyikan oleh kumpulan Zeyad dengan persembahan yang penuh bertenaga.
Majlis diteruskan lagi dengan acara Memorial Night: Awaken Your Soul yang menggamit memori, bagi membangkitkan semangat para hadirin dalam meneruskan perjuangan dakwah dan tarbiah.
Para peserta PTI 2023 disajikan dengan alunan puisi oleh Atriza Umar yang diiringi persembahan seruling sebagai pemula acara. Bingkisan memori dan perjuangan dakwah dan tarbiah seterusnya dikongsi dengan lebih lanjut oleh Ustazah Maznah Daud dan Ustaz Alias Othman.Ā
āDakwah dimulakan oleh golongan minoriti dan kurang berkemampuan,ā tegas Ustazah Maznah.
Namun tambahnya, semangat dakwah dan tarbiah tetap membara dalam diri mereka untuk kekal bergerak dan berjuang dalam jamaah.
āHasilnya, generasi muda pada hari ini mampu mewarisi legasi ini, sejajar dengan seruan al-Quran dan Sunnah.ā
Sebagaimana para sahabat dipilih oleh Allah SWT untuk mendampingi Rasulullah SAW untuk menegakkan dan menyebarkan kebenaran, begitulah juga seharusnya diteruskan oleh ummah kini.
āUsaha dakwah dan tarbiah harus bergerak dalam jemaah yang kukuh, di mana setiap ahli memainkan peranan dengan kekuatan masing-masing.ā
Semestinya, cabaran dan tentangan adalah asam garam yang harus ditempuhi.Ā āJamaah ini adalah jamaah yang miskin tapi kaya,ā ujar Ustaz Alias yang.berkongsi kisah suka duka perjuangan beliau dan sahabat lain.
Katanya, pengorbanan wang ringgit, kerahan tenaga dan masa sesama ahli telah membawa IKRAM ke tahap ini untuk mendepani segala cabaran dan mehnah perjuangan.
Malam yang menggamit memori ini diserikan lagi dengan lagu-lagu yang membangkitkan semangat perjuangan oleh kumpulan Zeyad dan Saff One.
Sebelum majlis berakhir, para hadirin disajikan dengan video memperingati sebilangan ikhwah dan akhawat yang telah kembali ke rahmatullah sejak 2019 hingga kini, diirngi persembahan nasyid āKau Sahabat Kau Temanā (Hijjaz) oleh kumpulan Saff One dan Zeyad yang menyentuh emosi.
Keikhlasan, pengorbanan dan semangat juang yang dibawa hingga ke akhir hayat mereka seharusnya menjadi contoh kepada para peserta PTI 2023 dan ahli-ahli IKRAM lain bagi membangunkan kembali jiwa untuk terus istiqamah dalam perjuangan.