PRU15: Semua Calon, Parti Politik Perlu Teruskan Solidariti Palestin

PRU15: Semua Calon, Parti Politik Perlu Teruskan Solidariti Palestin

SERUAN KEPADA SEMUA CALON DAN PARTI POLITIK YANG BERTANDING DALAM PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15

1. Solidariti dan Sokongan untuk Palestin

Kekejaman yang mengerikan dan penindasan yang berterusan terhadap rakyat Palestin di tangan Zionis sejak 74 tahun lalu adalah satu noda pada hati nurani moral seluruh masyarakat antarabangsa.

Kewajipan untuk bersolidariti dengan warga Palestin serta memberikan sokongan padu kepada perjuangan mereka untuk memperolehi hak keadilan, kebebasan serta menamatkan penindasan terhadap mereka adalah tanggungjawab yang melampaui kaum, agama dan kepercayaan.

2. Penolakan Sebarang Usaha Normalisasi Hubungan dengan Negara Aparteid Israel

Israel adalah negara yang sedang melakukan jenayah aparteid terhadap warga Palestin. Hakikat ini disahkan oleh empat organisasi antarabangsa iaitu:

i) Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB di Asia Barat (ESCWA)

ii) B’Tselem, sebuah kumpulan pembela hak asasi manusia di Israel

iii) Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch)

iv) Amnesty International

Israel sedang berusaha untuk mendapatkan pengikitirafan diplomatik dan normalisasi hubungan dari lebih banyak negara. Ini akan sekali gus memberikannya kehormatan walaupun ia sedang melakukan pencabulan jenayah hak asasi manusia terhadap warga Palestin.

Malaysia sememangnya antara negara yang menjadi sasaran Israel untuk hubungan normal.

Jenayah aparteid di bawah undang-undang antarabangsa moden dikategorikan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan. Untuk memberikan pengiktirafan dan penghormatan kepada negara aparteid adalah sama kejamnya dengan mengamalkan aparteid itu sendiri.

Oleh itu, Malaysia mesti menolak sebarang langkah normalisasi dengan Israel. Malaysia harus tegas dalam menolak aparteid Israel sepertimana Malaysia pernah menolak dan menentang rejim aparteid di Afrika Selatan satu ketika dahulu.

3. Ancaman Keselamatan Negara daripada Israel

Beberapa kejadian telah berlaku di negara kita yang menunjukkan bahawa negara Zionis Israel telah dan sedang mencuba untuk menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara kita.

Paling membimbangkan ialah kejadian terkini di mana warganegara Malaysia telah diupah untuk menjayakan usaha agensi perisikan Israel Mossad.

Begitu juga dengan laporan pemerolehan perisian pegintipan NSO/Pegasus oleh agensi keselamatan dalaman Malaysia dari pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi perisikan Israel.

Kerajaan Malaysia yang dibentuk oleh mana-mana parti mesti mengambil langkah segera untuk menghapuskan ancaman sedemikian terhadap keselamatan negara kita serta memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa tiada tindakan, sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah diambil yang akan menyebabkan keselamatan negara terdedah kepada penembusan oleh pihak Zionis Israel.

Oleh itu, kami, organisasi yang tersenarai di bawah ini, menyeru kepada SEMUA CALON DAN PARTI POLITIK yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 untuk mengisytiharkan:

a) Solidariti mereka yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin dalam perjuangan murni mereka untuk mendapat kebebasan dan keadilan serta memberi sokongan yang berterusan kepada sebarang langkah ke arah mencapai objektif itu.

b) Mana-mana kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 akan mengamalkan pendirian yang jelas dan tidak berbelah bahagi untuk meneruskan polisi tidak mengiktiraf negara aparteid Zionis Israel dan dengan itu, menolak sebarang usaha normalisasi hubungan dengannya.

c) Mana-mana kerajaan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk menggagalkan sebarang usaha untuk menjejaskan keselamatan negara Malaysia oleh negara Zionis Israel.

26 Oktober 2022

Senarai Penyokong Seruan

  1. BDS Malaysia
  2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  3. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  4. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
  5. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  6. Muslim Professionals Forum
  7. Viva Palestina Malaysia
  8. Yayasan Ikram Malaysia
  9. Global Peace Mission (GPM) Malaysia
  10. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia
  11. Aliansi Masjid Sedunia Mempertahan Masjid Al Aqsa
  12. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysi (PKPIM)
  13. Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
  14. MyCARE
  15. Malaysian Women Coalition for al Quds and Palestine (MWCQP)
  16. CENTHRA Malaysia
  17. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR)
  18. Malaysia for Palestine (M4P)
  19. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
  20. Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM)
  21. MyAqsa Defenders
  22. Muslim Care Malaysia
  23. PCOM
  24. MAHABBAH MALAYSIA
  25. RumahNgaji Negeri Sembilan (RNNS)
  26. Wanita PERKIM Seremban (WPS)
  27. Citizens International (CI)

 

[Versi Bahasa Inggeris]

A CALL TO ALL CANDIDATES AND POLITICAL PARTIES CONTESTING IN THE 15TH MALAYSIAN GENERAL ELECTIONS

1. Solidarity and Support for Palestine

The continuing appalling treatment and oppression of the Palestinian people at the hands of the Zionists over the past 74 years is a blot on the moral conscience of the whole world. The duty to stand in solidarity with and render utmost support to the Palestinian people in their struggle for justice, freedom and end to their oppression is one that transcends race, religion and creed.

2. Rejection of Any Move to Normalise Relations with the Israeli Apartheid State

Israel in its policies towards Palestinians is an apartheid state. This is according to no fewer than 4 bodies, namely;

i) The UN Economic and Social Commission on West Asia (ESCWA)

ii) B’Tselem, an Israeli human rights advocacy group

iii) Human Rights Watch

iv) Amnesty International

Israel is making efforts to get more countries to grant it diplomatic recognition and normalise all relations, thus giving it respectability despite its criminal violations of the human rights of Palestinians.

Malaysia is certainly among the countries targeted by Israel for normalised relations.

It must be borne in mind that apartheid under modern international law is categorised as a crime against humanity. To grant recognition and respectability to an apartheid state is as heinous as practising apartheid itself. Therefore, Malaysia should not even countenance any move towards normalisation with Israel. Malaysia should be steadfast in rejecting Israeli apartheid as she was against apartheid South Africa.

3. National Security Threats from Israel

There have been incidents which indicate that the Zionist state is attempting or has attempted to undermine our national security and thus sovereignty. The use of Malaysian citizens within our borders to advance Israel intelligence agency’s interests is a matter of grave concern. So is the reported acquisition of the NSO/Pegasus eavesdropping software by Malaysia’s internal security establishment as the software vendor is an entity with close ties with Israeli intelligence.

A Malaysian government of any stripe must take immediate steps to eradicate such threats to our national security and assure the Malaysian public that no action, advertent or otherwise, has been taken that will render the country’s security vulnerable to Zionist penetration.

We the organisations listed below, therefore, strongly call on ALL CANDIDATES AND POLITICAL PARTIES contesting in the 15th Malaysian General Elections to henceforth declare:

a) Their unwavering solidarity with the people of Palestine in their noble struggle for freedom and justice and constant support for any measure towards achieving that objective.

b) Any government formed after the 15th General Elections will adopt the clear and unequivocal stance to continue with non-recognition of the Zionist apartheid state and thus reject any overture towards normalisation with it.

c) Any government formed after the 15th General Elections will take all necessary measures to thwart any attempt to undermine Malaysian national security by the Zionist state.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia