Protege Dr Zakir Naik dalam DDMM Mega

Seminar anjuran Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Quranic Youth Club UIAM ini bakal menampilkan antaranya dua orang protege Dr Zakir Naik iaitu Hj Kamarudin Abdullah, Presiden Islamic Propagation Society International (IPSI) dan Firdaus Wong Wai Hung, Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM).

Selain itu, tiga orang pendakwah berpengalaman akan turut berkongsi dalam seminar ini ialah Hj Nicholas Sylvester (Pengerusi HCF), Bro. Lim Jooi Soon (Ketua Pengarah Interactive Dakwah Training) dan dan Ustaz Hj. Muhammad Fitri Abdullah (Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM), yang bakal berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman dakwah mereka.

Antara pengisian menarik dalam DDMM Mega ini adalah berkaitan ‘Dakwah: Kewajipan atau Pilihan?’, ‘Memahami Kepelbagaian Bangsa dan
Budaya di Malaysia’, ‘Bukti-bukti Kebenaran Al-Quran’, ‘Salah Tanggapan Tentang Islam’ dan dan pelbagai lagi ilmu yang amat berguna
untuk dakwah.

Dengan yuran sebanyak RM70 dan untuk pelajar RM50, pastinya perkongsian ini diharapkan dapat memberikan impak dan kesedaran kepada para peserta seminar tentang kepentingan dakwah kepada non-Muslim secara harmoni di Malaysia.

Pihak penganjur turut memberikan tawaran terbaik bagi mereka yang melakukan pendaftaran awal (Early Bird) sebelum atau pada 31 Mac 2017 dengan yuran bernilai RM50 dan untuk pelajar RM30.

Mereka yang berminat untuk menyertai DDMM Mega, bolehlah mendaftar di pautan https://islamicevents.my/event/DDMMMega

Bayaran boleh dibuat secara atas talian (online) mengunakan ipay88 atau secara bank-in ke akaun IslamicEvents (ISGN Ventures Sdn Bhd).

Selepas bank-in pembayaran, sila SMS/WA slip pembayaran kepada 012-2380137 / 0111-3230651 atau e-mel ke [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 03-41089669 atau WA/SMS: 0111-3230651 (Reza).

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia