Program Muwajjih Nasional: 58 peserta terima tauliah

Majlis dirasmikan oleh Hj Mazmi Kamal, Setiausaha Dewan Perwakilan Nasional (DPN) mewakili Presiden IKRAM. Turut hadir berucap Pengerusi Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Pusat, Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.

Seramai 58 orang peserta dari seluruh negara telah menerima sijil penyertaan dan ditauliahkan sebagai Muwajjih yang telah mengikuti Program Muwajjih Nasional selama dua tahun bermula Disember 2012 hingga Disember 2014, yang diadakan setiap tiga bulan di Lembah Klang.

Ustaz Tajul Arifin dan para peserta yang hadir menerima sijil pentauliahan

Beberapa wakil muwajjih turut berkongsi pengalaman sepanjang mengikuti program tersebut.

Dalam projek perintis selama dua tahun ini, para peserta melalui beberapa latihan berbentuk ToT (Training of Trainers) termasuk penyampaian tajuk berkaitan dakwah dan tarbiah serta perkongsian oleh para muwarrith, iaitu mereka yang mempunyai pengalaman yang lama dalam medan tarbiah.

Peserta program yang tamat latihan ini akan menjadi tempat rujukan berkenaan tarbiah dan menyampaikan bahan-bahan tarbiah.

Dengan pentauliahan ini, para muwajjihin dapat menyampaikan bahan tarbiah di kawasan masing-masing dengan lebih efektif, insyaa-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia