Program kutip puntung rokok bermula

Program yang bermula 13 April lalu boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sehingga 20 Mei depan.

 

Peserta hanya perlu kutip puntung rokok di kawasan peserta sebanyak-banyaknya, kemudian mengepos semula kepada pihak penganjur sebelum tarikh tutup untuk proses timbangan dan penentuan pemenang.

 

Menariknya program ini, sekiranya jumlah berat kutipan semua peserta di seluruh Malaysia mencecah 50 kilogram ke atas, ia bakal melakar sejarah dengan rekod pengiktirafan ‘The Malaysia Book of Record’ untuk kutipan puntung rokok terberat. Hadiah berupa wang tunai turut disediakan untuk para pemenang.

 

Mereka yang berminat untuk menyertai program ini, bolehlah mendaftar di pautan https://tinyurl.com/RegisterNVP2021. Sebarang persoalan boleh dikemukakan di https://tinyurl.com/EnquiriesNVP2021 atau untuk info lanjut, klik https://t.me/InfoNVP2021.

 

Program ploging ini merupakan anjuran Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia Negeri Johor (IKRAM Health Johor) dan Johor Bebas Asap Rokok (JBAR).

 

Ia turut mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor, Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR), Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR) dan IKRAM Muda Johor.

 

Program ‘National Virtual Plogging 2021’ bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya usaha untuk mewujudkan suasana bebas rokok dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui gabungan senaman joging, penjagaan kebersihan persekitaran fokus kepada puntung rokok dan gaya hidup bebas rokok.

 

Program ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran kepada perokok untuk lebih bertanggungjawab terhadap puntung rokok yang telah dibuang yang seterusnya boleh mencemarkan alam sekitar, sekali gus memberi dorongan kepada perokok untuk berhenti merokok sempena Ramadan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia