Program “Elevate” Tingkat Kesedaran Kesihatan Mental

Program “Elevate” Tingkat Kesedaran Kesihatan Mental

KUALA LUMPUR – Program Literasi Kesihatan Mental Siri ke-3 bersama komuniti, Elevate: “Memperkasa Diri, Mengubah Kehidupan” telah diadakan pada Ahad, 16 November lalu di The Thinking Space, Taman Melawati, di sini.

Pengarah Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Dr Nurashikin Ibrahim telah merasmikan program Elevate, yang memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada para peserta berkaitan dengan isu kesihatan mental. Beliau hadir bersama Ketua Sektor Latihan dan Pendidikan NCEMH, Dr. Norli Abdul Jabbar.

Program anjuran bersama IKRAM Kuala Lumpur dan Wanita IKRAM Kuala Lumpur ini dilaksanakan khusus untuk memberikan kefahaman dan meningkatkan kesedaran, di samping meningkatkan capaian masyarakat serta menghentikan stigma masyarakat terhadap isu kesihatan mental. 

Melalui program ini, peserta didedahkan dengan teknik psikologi mudah serta bagaimana ingin mengurus kesejahteraan emosi. Dengan adanya aktiviti interaktif yang disediakan, program ini menjadi ruang selamat dan santai bagi wanita berkongsi serta memupuk daya tahan diri dan kekuatan dalaman.

Tinjauan umum mendapati rata-rata para peserta amat berpuas hati dengan program Elevate dan berharap agar ia dapat diteruskan pada masa hadapan.

Program yang telah berjalan sebanyak tiga siri ini mengumpulkan lebih 150 orang peserta dalam kalangan wanita daripada pelbagai peringkat umur. Dua siri awal telah diadakan di SRI Al-Amin Keramat pada Julai dan di Sekolah Islam Adni, Taman Sri Ukay pada September.

Penghargaan juga terhadap doktor pakar psikiatri dan pakar perubatan daripada Hospital Universiti Pertahanan Nasional Malaysia yang terlibat dalam program ini, yang turut dibantu oleh 16 fasilitator daripada pelajar perubatan.

Program kesihatan mental ini turut mendapat kerjasama Wanita IKRAM Lembah Jaya, Wanita IKRAM Ampang Jaya, IKRAM Muda Kuala Lumpur dan Persatuan CAKNA Komuniti KL serta sokongan dana oleh Yayasan Hasanah dan NCEMH.

Turut hadir YDP IKRAM Kuala Lumpur, Hj Zainal Adnan Abdul Halim; Ketua Wanita IKRAM KL, Ustazah Siti Alawiah Sahri; Timbalan Ketua IKRAM Muda KL, Ustaz Syahir Nujaba’; wakil IKRAM Selangor; Ahmad Nizam Samsuddin, Timbalan Pengerusi Wanita CAKNA KL serta para tetamu jemputan lainnya.

Lagi foto program: Elevate 3

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia