PRN: Kempen Bentang Pencapaian vs Serang Lawan

Menghitung hari ke tarikh hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam ngeri, semakin rancak kempen yang menghangatkan suasana.

Malangnya, di sana-sini kempen bersifat melampau keras, berbaur penghinaan dan saling merendahkan lebih kerap disajikan oleh ahli-ahli politik dan para penyokong. Lemparan kata-kata nista meluncur laju bagaikan tiada salah.

Ahli politik semakin terperangkap dalam kempen berorientasikan lawan. Fokus kempen beralih kepada usaha menjatuhkan imej lawan tanpa menghiraukan kesan negatif yang timbul daripada tindakan tersebut.

Hasilnya, pembangunan dan penyelesaian masalah rakyat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab utama muda dikesampingkan dan dibiarkan tanpa perhatian yang sepatutnya.

Bukankah lebih berkesan memancing hati pengundi dengan mengutamakan kempen pencapaian manifesto, prestasi semasa atau membentangkan agenda yang ingin digerakkan mewakili suatu pendekatan yang lebih matang dan bertanggungjawab?

Situasi ini akan mencetuskan persaingan sihat antara lawan terhadap lawan lain dan bukannya musuh terhadap musuh.

Pemimpin dan para wakil rakyat yang terhormat memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan negara yang berdaya saing dan maju ke depan.

Sebagai ahli politik yang diletakkan tanggungjawab kepimpinan, peranan mereka adalah untuk menyampaikan janji-janji manifesto termasuk menyelesaikan masalah dan memperbaiki kualiti hidup rakyat.

Pencapaian manifesto adalah asas kepada kepercayaan dan sokongan rakyat. Rakyat memberikan undi mereka dengan harapan bahawa janji-janji ini akan dihormati dan dilaksanakan.

Oleh itu, pemimpin yang mementingkan prestasi manifesto dan mengutamakan agenda rakyat sahaja yang layak diangkat bagi menyuburkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap institusi politik.

Nilai pencapaian

Dalam politik, janji-janji manifesto adalah komitmen yang dinyatakan oleh parti politik kepada rakyat. Manifesto meliputi pelbagai isu dan masalah yang dihadapi rakyat, termasuk ekonomi, kesihatan, pendidikan, kebajikan sosial dan banyak lagi.

Manifesto yang berprestasi bererti pihak yang berkuasa sebaik mungkin telah melaksana dan mencapai apa yang telah dijanjikan dalam ikrar janji mereka.

Secara tidak langsung, kempen sebegini menekankan bahawa kejayaan dan kesinambungan poltik seharusnya tidak hanya bergantung kepada menyerang atau menyerbu pihak lawan politik.

Sebaliknya fokus utama diberikan kepada upaya memperbaiki kehidupan rakyat dan menjalankan segala tanggungjawab yang diberikan oleh pemilih.

Melalui pendekatan sebegini, pihak yang berkuasa akan lebih berorientasikan pada mencapai hasil yang nyata bagi rakyat dan membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka.

Tolak politik perkauman

Apabila penekanan bertumpu kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, kempen yang dilakukan dapat mengurangkan politik pekauman, malah sebaliknya menggalakkan kerjasama antara kaum, menguatkan antara satu sama lain dengan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud.

Keutamaan harus diberikan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang etnik atau agama.

Apabila ada arah tuju dan visi yang jelas, masalah remeh-temeh atau bersifat mikro tidak akan mengganggu gerak kerja ke depan. Tumpuan utama diberikan untuk menggerakkan agenda rakyat dan negara bersama-sama.

Budaya politik matang

Parti lawan bukan musuh tetapi harus dianggap sebagai teman persaingan dalam medan pertempuran prestasi. Kempen seperti ini dapat membina budaya politik yang matang dan memperteguhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem politik.

Sudah tentu rakyat akan lebih cenderung memberikan sokongan kepada pemimpin yang melunaskan janji dan tanggungjawab dalam pentadbiran negara.

Situasi persaingan sihat akan mengurangkan ketegangan politik dan perpecahan dalam masyarakat. Fokus pada penyelesaian masalah demi meningkatkan kesejahteraan rakyat bagi memupuk suasana politik yang lebih aman dan stabil.

Fokus pemulihan

Dalam konteks dunia masa kini yang menghadapi cabaran dan krisis global yang semakin rumit, para pemimpin harus menumpukan kempen untuk pemulihan dan pembangunan negara.

Rakyat mahukan wakil rakyat yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan menyelesaikan atau menoktahkan isu yang membelenggu mereka seperti kesesakan lalu lintas akibat perancangan bandar yang tidak teratur, masalah banjir apabila berlaku limpahan hujan, kerosakan kemudahan awam dan sebagainya. Ini adalah langkah penting untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat.

Sekalipun begitu, tidak semua kempen politik mengutamakan pencapaian manifesto. Segelintir pihak politik lebih cenderung menggunakan strategi menyerang atau menyerbu lawan sebagai usaha memenangi undi dan mendapatkan sokongan.

Segala taktik digunakan bagi mendapatkan kuasa. Ini mencetuskan politik toksik, lantas meminggirkan usaha kepada penyelesaian masalah yang sebenarnya.

Politik yang fokus pada pencapaian prestasi atau manifesto bukan bermakna pihak berkuasa tidak perlu berhadapan dengan kritikan atau pendapat yang berbeza.

Proses demokrasi yang sihat melibatkan perbincangan yang terbuka, pertukaran idea dan kemampuan untuk beradaptasi dengan perubahan.

Namun pada akhirnya, kepentingan dan kesejahteraan rakyat haruslah menjadi keutamaan. Inilah perjuangan sebenar yang akan menjadi legasi dan ingatan sepanjang zaman sehingga roh meninggalkan jasad.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia