Presiden lancar Tabung Kebajikan Warga Institusi Pendidikan IKRAM

Pelancaran dibuat ketika Muzakarah Pembangunan Ekonomi anjuran Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi IKRAM (JKPE) di Dewan Seminar IKRAM Pusat.

Tabung yang diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB) ini telah mendapat suntikan dana awal sebanyak RM 101,150 daripada JIM Kuala Lumpur dan beberapa individu ahli IKRAM.

Jusni Yusoff, Ahli JKPE IKRAM Pusat (gambar kanan) ketika memberi penerangan tentang tabung ini berkata, inisiatif ini dicetuskan sewaktu perbincangan antara Jawatankuasa Pendidikan dan Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi tentang usaha menjaga kebajikan para guru di bawah IKRAM – MUSLEH.

“Melalui tabung ini, warga institusi pendidikan IKRAM boleh membuat pinjaman secara qardhul hasan untuk meringankan beban kewangan”, tambahnya lagi.

Ahli IKRAM yang ingin turut sama menyumbang ke dalam tabung ini, boleh menghubungi KIMB di talian 03-41086339.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia