Presiden IKRAM Sertai Mesyuarat Pertama JK HARMONI

Presiden IKRAM Sertai Mesyuarat Pertama JK HARMONI | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Asas untuk membina negara ialah keharmonian dan pemimpin setiap agama perlu memainkan peranan mereka. 

Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika mesyuarat pertama Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI).

Mesyuarat tersebut dipengerusikan beliau bersama Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang di Kuala Lumpur pada 28 Oktober lalu. 

Jawatankuasa ini dianggotai 30 ahli yang terdiri daripada tiga wakil kerajaan, 10 wakil agama Islam, empat wakil agama Buddha, empat wakil agama Kristian dan masing-masing dua wakil agama Hindu dan Taoisme.

Terdapat juga seorang wakil daripada agama Sikh, Baha’i dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Sarawak. Turut hadir sebagai anggota JK HARMONI ialah Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Haji Badlishah Sham Baharin.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jawatankuasa HARMONI merupakan wadah penting bagi penyatuan dan pembinaan kefahaman penganut pelbagai agama serta kaum di negara ini. 

HARMONI akan bertindak sebagai platform yang akan menguruskan isu-isu yang berupaya menjejaskan keharmoninan antara agama dan ketenteraman awam serta bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan bagi mencadangkan dasar-dasar berteraskan nilai agama kepada kerajaan.

Aaron berharap agar Jawatankuasa HARMONI mencapai matlamat penubuhannya sebagai tapak untuk merapatkan jurang antara badan-badan agama Islam dan bukan Islam di negara ini. 

Antara lain tujuan penubuhannya adalah untuk memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama berteraskan semangat saling menghormati dan bekerjasama di semua peringkat.

Jawatankuasa HARMONI juga menjadi badan yang akan menggalakkan semua penganut agama memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan di samping meningkatkan penghayatan rakyat kepada nilai-nilai agama selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Diharapkan penubuhan jawatankuasa ini dapat memainkan peranan yang efektif sebagai medium bagi para pemimpin agama dalam menguruskan persoalan berkaitan agama dan kaum.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia