Berikut adalah dua rumusan tentang pernyataan dasar IKRAM:
Rumusan 1: Pernyataan Dasar IKRAM (Antarabangsa)
1. Menentang konspirasi barat memecahkan dunia Arab dan mewujudkan Israel di bumi Palestin.
2. Menyokong umat Arab menentang penguasaan barat dan Amerika Syarikat terhadap dunia Arab.
3. Menyokong hak umat Islam bangsa Arab memilih pemimpin-pemimpin negara mereka sendiri secara bebas dan demokratik.
4. Menentang semua rejim diktator yang melakukan kekejaman dan pencerobohan terhadap hak asasi manusia di negara-negara Arab.
5. Mengecam campur tangan Amerika Syarikat di Timur Tengah, pendirian dan polisi mereka mendukung Israel, memperkuat dominasinya, melemahkan dan melumpuhkan umat Arab dan umat Islam di sana.
6. Menyokong hak rakyat Palestin membebaskan bumi Palestin.
7. Menentang campur tangan Iran di Iraq, Syria, Lubnan, negara-negara Teluk dan Yaman.
8. Menentang campur tangan Saudi, Emirat dan Iran di Yaman dan Mesir.
9. Menentang campur tangan rejim kudeta Mesir dan pemerintah Emirat di Libya.
10. Menyokong rakyat Libya membentuk kerajaan dan negara mereka sendiri tanpa campur tangan asing.
11. Menentang rejim kudeta Mesir dan menyokong hak rakyat Mesir memilih pemimpin dan membentuk kerajaan mereka secara bebas dan demokratik.
12. Menentang serangan Israel terhadap Gaza, kekejaman mereka di Tebing Barat dan bumi Palestin.
13. Menentang tindakan kejam kumpulan ISIS di Iraq dan Syria. Mereka tidak mewakili ummatan wasatan tetapi mengancam perkembangan Islam yang sebenar.
14. Menyokong kestabilan negara Indonesia, permuafakatan rakyatnya membangunkan negara secara bebas dan demokratik tanpa campur tangan asing,
15. Menyokong ASEAN membangunkan rantau ASEAN yang maju, progresif, bersatu, bekerjasama, terbuka dan bebas.
Rumusan 2: Pernyataan Dasar IKRAM (Malaysia)
1. IKRAM akan berusaha memperbaiki keadaan dalam negara Malaysia menerusi pendekatan aman, dakwah bil husna, pendekatan demokratik.
2. IKRAM menyokong usaha-usaha penyatuan rakyat berbilang kaum menerusi dialog, permuafakatan, engagement dengan semua.
3. IKRAM menentang politik kepartian sempit politik perkauman yang memecah belah dan melemahkan rakyat.
4. IKRAM mendukung sistem politik dwiparti, pengukuhan polisi semak dan imbang.
5. IKRAM meyokong pertukaran pemerintahan, peralihan kuasa secara aman menerusi pilihan raya yang bersih, bebas, adil dan demokratik.
6. IKRAM menentang penyalahgunaan kuasa, pemusatan kuasa dalam tangan pemerintah, urus tadbir negara yang tidak profesional, tidak bijaksana dan cekap.
7. IKRAM menyokong usaha-usaha institusi masyarakat madani memperkasakan peranan mereka, membangunkan negara sivil, demokratik yang menghormati hak-hak rakyat.
8. IKRAM menyokong usaha-usaha penyatuan umat, memperkasakan peranan Islam dalam negara, pembelaan nasib majoriti rakyat dalam perkongsian pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara.
9. IKRAM menyokong usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar secara lestari untuk manfaat semua generasi.