Positif COVID-19: AS atasi China

Semalam (Khamis), bilangan kes positif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta orang.

 

Manakala di China, pada Khamis merekodkan dua hari tanpa kes tempatan dan hanya mempunyai pertambahan kes dari luar (import).

 

Itali masih kekal sebagai negara yang mempunyai kes kematian paling tinggi di dunia dengan 8,215 mangsa. Seterusnya, Sepanyol dengan jumlah 4,154 kes manakala China 3,169 kes.

 

Secara keseluruhan, jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencapai angka 526,044 kes dengan 23,709 kematian dan sebanyak 122,066 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.

 

Dalam pada itu, Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes sebanyak 17,119 menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 82,404 dan New York, Washington dan California merupakan bandar yang paling terjejas teruk.

 

Ia menyaksikan pertambahan 59,089 kes dalam tempoh 24 jam, berbanding 466,955 kes pada Rabu. Oleh itu, buat pertama kalinya, Amerika Syarikat (AS) mengatasi China dan Itali untuk muncul sebagai negara paling ramai kes positif COVID-19.

 

Angka kematian di Amerika Syarikat pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes.

 

Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat jam 6.00 pagi waktu Malaysia, China berada di kedudukan kedua dengan 81,782 kes, diikuti Itali 80,589 kes.

 

Dalam perkembangan berkaitan, menurut pakar ekonomi, Profesor Dr Barjoyai Bardai, dunia bakal menghadapi kegawatan dan kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah susulan pandemik COVID-19 yang menyebabkan hampir keseluruhan negara terpaksa menghentikan aktiviti ekonomi mereka.

 

Justeru, implikasi penutupan dan pengehadan pergerakan oleh negara yang dilaksanakan menyebabkan kira-kira 3 bilion penduduk dunia terkurung.

 

Realitinya, apa yang berlaku kepada ekonomi dunia ketika ini memberikan pengajaran buat semua kerana terlampau mengejar kadar pertumbuhan yang cepat sehingga mengabaikan aspek pengagihan.

 

Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, perbincangan pakar ekonomi dunia kini dilihat selari bahawa ekonomi dunia akan terjejas disebabkan pandemik Covid-19 dan kebanyakan negara mengalami kesan yang sama.

 

Ini bermaksud, pendapatan makin berkurangan, modal perniagaan makin besar, perbelanjaan dibuat bagi memastikan kelangsungan hidup. Selagi sesebuah negara itu belum sampai kepada tahap bebas wabak, maka negara terlibat perlu mengambil bantuan intervensi untuk memastikan keselamatan dan kelangsungan.

Foto: globalresearch.ca

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia