Majlis Ramah Mesra Rapat Hubungan Kejiranan Ibu Pejabat IKRAM

AKTIVITI IKRAM 7 September 2020
KONGSI

SERI KEMBANGAN - Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Sempena Aidilfitri bertempat di Kompleks IKRAM pada Khamis lalu.

Majlis yang bermula pada jam 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang diadakan bagi merapatkan hubungan antara kakitangan IKRAM, institusi dan agensi IKRAM serta syarikat perniagaan yang ada di sekeliling ibu pejabat IKRAM di sini.

Seramai 200 orang tetamu yang hadir terdiri daripada jiran-jiran di sekitar Kompleks IKRAM dan kakitangan institusi IKRAM antaranya MyCARE, Musleh Berhad, Koperasi Islah Malaysia Berhad (KIMB), Raudhatus Sakinah dan Hidayah Centre Foundation.

Antara wakil syarikat kejiranan yang hadir adalah Proton, Eepro, KNM, Sigtech, Isente, Iman Shoppe, Eternal Wellness, ABA & Associates, Portman College, ATCEN, Dialisis Nilam, iboooks, 99 Uniform, Restoran Leong Ya dan SQ Motor.

Hadir sama melayani tetamu ialah Presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung Hj Nahar Md Nor, Bendahari Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Ketua Wanita Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Penolong Setiausaha Agung Hj Mohamad Yaakub Idris dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP).

Majlis ini juga menerima kunjungan daripada wakil kedutaan Australia di Malaysia, Caroline Gibb, wakil NGO Palestin, Palestine Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan wakil mahasiswa IKRAM United Kingdom & Eire (IKRAM UKE) dan AZAM Russia.

VIDEO SETERUSNYA

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia