10 | Nabi pesan apa? Berbuat baik kepada ibu bapa

NABI PESAN APA? 11 July 2021
KONGSI

(Riadhus-Solihin, no 325)

Dari Asma' binti Abu Bakar as-Shiddiq radhiallahu 'anhuma, katanya: "Ibuku
datang ke tempatku sedang dia adalah seorang musyrik di zaman Rasulullah s.a.w. - Iaitu di saat berlangsungnya perjanjian Hudaibiyah antara Nabi s.a.w. dan kaum musyrikin.
Kemudian saya meminta fatwa kepada Rasulullah s.a.w., saya berkata: "Ibuku datang padaku dan ia ingin meminta sesuatu, apakah boleh saya hubungi ibuku itu, padahal ia musyrik?" Beliau s.a.w. bersabda: "Ya, hubungilah ibumu." (Muttafaq 'alaih)

Ucapan Asma': Raghibah ertinya ialah ingin sekali meminta sesuatu yang ada padaku. Ada yang mengatakan bahwa yang dating itu benar-benar ibunya sendiri dari nasabnya, tetapi ada puia yang mengatakan bahwa itu adalah ibunya dari susuan yakni yang pernah menyusuinya waktu kecil. Yang shahih ialah pendapat yang pertama yakni ibunya sendiri.

#NabiPesanApa
#BuatBaikDenganIbuBapa
#AnakSolehSolehah
#BinaNegaraRahmah

Subscribe Now : https://www.youtube.com/c/ikrammalaysiaTV/
Website : https://ikram.org.my/
Insta : https://www.instagram.com/ikrammalaysia/
Facebook : fb.me/ikram.malaysia

VIDEO SETERUSNYA

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia