29 | Nabi Pesan Apa? Buatlah Sebaik baik Kebaikan

NABI PESAN APA? 20 November 2021
KONGSI

Kita kena berbuat baik pada ibubapa tidak kira sama ada mereka masih ada atau tiada. Ada satu amalan baik yang bila anak-anak buat, akan jadi sebaik-baik kebaikan. Apa dia?

عن ابن دينار، عن ابن عمر: أنَّه كان إذَا خَرَج إلى مكة كان له حمار يَتَرَوَّحُ عليه إذا ملَّ رُكُوبَ الرَّاحِلة، وَعِمَامة يَشُدُّ بها رأسه، فَبينَا هو يومًا على ذلك الحمار إِذْ مَرَّ بِهِ أَعْرَابِي، فقال: أَلَسْتَ فُلاَن بنَ فُلاَن؟ قال: بَلَى. فَأَعْطَاهُ الحِمَار، فقال: ارْكَب هَذَا، وَأَعْطَاهُ العِمَامَةَ وَقَالَ: اشْدُدْ بِهَا رَأْسَكَ، فَقَالَ لَهُ بَعض أصحَابِه: غفر الله لك أَعْطَيت هذا الأعرابي حمارا كنت تَرَوَّحُ عليه، وعِمَامَة كُنتَ تشدُّ بها رأسَك؟ فقال: إِنِّي سمِعت رسول الله -صلى الله عليه وسلم- يقول: «إِنَّ مِنْ أَبَرِّ البِّر أَنْ يَصِلَ الرَّجُلُ أَهْلَ وُدَّ أَبِيهِ بَعْدَ أَنْ يُوَلِّيَ» وَإِنَّ أَبَاه كان صَدِيقًا لِعُمَرَ -رضي الله عنه-

Daripada Ibnu Dinar, daripada Ibnu Umar, "Bahawasanya apabila beliau(Ibnu Umar) bermusafir ke Mekah, beliau turut membawa seekor keldai untuk bersiar-siar di atasnya jika bosan menunggangi unta, beliau juga (biasanya) memakai serban yang diikatkan di kepalanya. Suatu hari ketika beliau sedang menunggangi keldai tersebut, tiba-tiba seorang lelaki Arab Badwi melewatinya. Beliau pun bertanya, "Bukankah engkau fulan bin fulan?" Lelaki itu menjawab, "Ya." Lantas Ibnu Umar memberikan keldai itu padanya, beliau berkata, "Naikilah (keldai) ini." Beliau juga memberi serbannya, dan berkata, "Ikatkan (serban) ini di kepalamu." Maka beberapa orang sahabatnya berkata kepadanya, "Semoga Allah mengampuni anda. Mengapa anda memberi orang Badwi ini keldai yang anda gunakan untuk bersiar-siar dan serban yang anda ikatkan di kepala?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya di antara perbuatan baik yang paling baik adalah seseorang menyambung hubungan dengan keluarga orang yang dicintai ayahnya setelah ia meninggal dunia." Dan ayah orang ini adalah kawan kepada Umar.
(Sahih Muslim)

Boleh ikuti Ustaz Dr Syazalie Hilman Ahmad Najib (Presiden ILMAN) di media sosial : https://www.facebook.com/syazalie.hirman

#KeluargaUtuh
#NabiPesanApa
#BinaNegaraRahmah

Website : https://ikram.org.my/
Insta : https://www.instagram.com/ikrammalaysia/
Facebook : fb.me/ikram.malaysia
Twitter : https://twitter.com/ikrammalaysia
Spotify : https://open.spotify.com/user/4lcpn0kqivszch3ux13b34vhp
Subscribe Now : https://www.youtube.com/c/ikrammalaysiaTV/

VIDEO SETERUSNYA

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia