Ayat 4-5 surah an-Nur adalah mengenai orang yang menuduh wanita yang suci dengan tuduhan zina tanpa membawakan empat orang saksi. Orang yang melakukan tuduhan sedemikian boleh dihukum dengan lapan puluh sebatan dan persaksiannya tidak diterima selama-lamanya, melainkan dia bertaubat dan memperbaik amalannya.
Tajuk: Tafsir Surah an-Nur: Cahaya Buatmu Wanita
Penyampai: Ustazah Maznah binti Daud, Naib Ketua Wanita, Pertubuhan IKRAM Malaysia