Dr Fauziah Mohd Hassan, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri antara 15 aktivis wanita dari lebih 10 negara yang terpilih menyertai misi ‘Women’s Boat to Gaza (WBG)’, September depan bertujuan memberi pembebasan kepada rakyat Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.
Beliau satu-satunya aktivis yang mewakili rantau Asia Tenggara dalam misi membawa mesej keamanan menggunakan kapal sepanjang 16 meter bermula 14 September dan dijadualkan tiba di Gaza pada 1 Oktober.
Selain Malaysia, negara lain yang terpilih dalam misi anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC) itu ialah Sepanyol, Kanada, Turki, Amerika Syarikat, Sweden, Ireland, New Zealand serta Australia sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.