Tingkatkan mutu P&P di pusat pengajian tinggi – IKRAM Academia

SERI KEMBANGAN – Rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan wabak Covid-19 yang telah memberi impak besar terhadap kehidupan seharian.

 

“Fasa pandemik wabak yang bertukar kepada endemik, di mana secara tidak langsung menyebabkan warga akademik terpaksa memilih untuk hidup bersama-sama virus SARS-CoV-2, dan bakal berhadapan perubahan ketara dalam cara kita bekerja serta berinteraksi,” kata Pengerusi Persatuan Akademia IKRAM Malaysia (IKRAM Academia), Profesor Dr Sahrim Haji Ahmad FASc.

 

Beliau berkata, beberapa garis panduan juga turut diperkenalkan oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak ini.

 

“Ia meliputi pematuhan jumlah peratusan kehadiran kakitangan dan tempoh masa bekerja di pejabat berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara.”

 

Menurutnya, perubahan ini juga telah berlaku di sektor Pendidikan Pengajian Tinggi (IPT) terutama melibatkan pengendalian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).

 

“Pensyarah dan pelajar pastinya paling terkesan dengan kaedah P&P secara hibrid yang diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pelajar yang bakal mengikuti P&P secara fizikal dan di atas talian kerana tidak dapat hadir ke kampus. Waima, P&P perlu dilaksanakan secara tuntas bagi memastikan tiada pelajar yang keciciran,” ujar Dr Sahrim.

 

Sehubungan itu, sempena sambutan Hari Akademia 2021 yang diraikan pada setiap 5 Oktober dengan tema ‘Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya’, IKRAM Academia menyarankan beberapa perkara untuk direalisasikan.

 

Pertama, para ahli akademik perlu berupaya untuk menyesuaikan diri dalam keadaan ini dan meningkatkan keupayaan untuk menggunakan pendekatan yang kreatif dan efektif dalam pelaksanaan P&P.

 

“Kami menyarankan supaya ahli akademik lebih inovatif dan berupaya menggunakan pendekatan teknologi Pendidikan terkehadapan, contohnya Educational Technology – EduTech dalam P&P.”

 

Dalam meningkatkan kebolehupayaan ujarnya, ahli akademik disarankan untuk menghadiri bengkel untuk meningkatkan kemahiran menggunakan alatan dan perisian teknologi berkait Pendidikan,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Dr Sahrim turut menyeru supaya pengurusan Pusat Pengajian Tinggi (PPT) menyediakan infrastruktur yang lebih baik dan terkini untuk memudah cara pengendalian P&P.

 

“Ini termasuk juga mengadakan kumpulan pakar rujuk yang boleh dihubungi untuk membimbing dalam mereka bentuk modul P&P dan menggunakan alat dan perisian teknologi pendidikan yang terkini.”

 

Beliau turut menyarankan agar keselamatan siber dan rangkaian di Pusat Pengajian Tinggi dipertingkatkan bagi memastikan keselamatan dan integriti ujian serta pemeriksaan yang dijalankan dalam talian terjamin.

 

“IKRAM Academia menggesa pihak pengurusan PPT untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran atas usaha para ahli akademik dalam mempertingkatkan diri serta mengaplikasi pembentangan bahan pengajaran menggunakan teknologi pendidikan,” kata Dr Sahrim.

 

Beliau turut mencadangkan supaya pihak pengurusan PPT mengguna pakai waktu bekerja anjal, di mana ahli akademik boleh memilih gaya kerja yang boleh mengoptimumkan produktiviti dan memaksimumkan bakat ahli akademik. 

 

Tambanya, teknologi terkini boleh digunakan untuk memantau serta memastikan ahli akademik terus menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal.

 

“Adalah diharapkan pelaksanaan cadangan tersebut boleh mempertingkatkan mutu P&P di PPT dengan lebih baik ketika fasa endemik ini.”

 

Justeru, IKRAM Academia berharap saranan-saranan ini boleh dilaksanakan demi untuk menaikan mutu P&P bagi menjamin kualiti serta kelangsungan ilmu di ekosistem IPT di seluruh Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia