PKPD Pentadbiran dikuat kuasa di 28 mukim Kota Setar, Penjara Tawau

Kerajaan akan menguatkuasakan PKPD secara Pentadbiran di 28 mukim daerah Kota Setar, Kedah dan Penjara Tawau, Sabah mulai jam 12.01 tengah malam ini (11 September) hingga 25 September akan datang.”

 

Menurutnya, ia melibatkan 366,787 penduduk di 28 mukim di daerah Kota Setar iaitu  Langgar, Bukit Pinang, Gunung, Kuala Kedah, Sungai Baru, Kota Setar, Mergong, Titi Gajah, Alor Malai, Pengkalan Kudor, Padang Lalang, Kubang Rotan, Teluk Cengai, Teluk Kechai, Pumpong, Derga, Tajar, Limbong, Tebengau, Teluk Mas, Lengkus, Kangkong, Lepai, Hutan Kampung, Alor Merah, Anak Bukit, Sala Kechik dan Padang Hang.

 

Manakala pelaksanaan PKPD Pentadbiran di Penjara Tawau dan kuarters penjara itu pula diputuskan selepas mengambil kira penularan kes jangkitan positif COVID-19 di Penjara Tawau.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes positif COVID-19 baharu di Malaysia kekal dua angka, dua hari berturut-turut dengan 45 kes dilaporkan pada Khamis, 10 September.

 

“Daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat satu (1) kes import,” ujarnya ketika sesi sidang media Kes COVID-19 di Putrajaya.

 

Beliau berkata, kes import tersebut dilaporkan di negeri Selangor, iaitu warganegara Malaysia yang telah pulang dari negara Brazil.

 

“Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,628 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 333 kes dan mereka telah diasingkan serta diberikan rawatan.”

 

Dalam pada itu, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 128 kes (1.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia