PKP: Kes keganasan rumah tangga membimbangkan

Manakala ‘mood’ saya untuk mengulas mula terhakis. Saya tidak mahu mengulas berkenaan isu politik itu kerana jauh sekali mahir berkenaan perkara ini. Selok-belok atau kekecohan yang berlaku membuatkan saya sedikit rimas. Biarlah mereka yang lebih pakar mengulasnya.

 

Apa yang lebih saya risaukan adalah berkenaan keadaan ekonomi semasa dan kesejahteraan kehidupan sosial dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lebih-lebih lagi kepada komuniti yang terjejas.

 

Mereka ini yang antaranya mengalami keadaan yang sudah mencabar di luar waktu PKP dan menanggung keadaan yang lebih genting semasa dalam waktu PKP.

 

Ianya penting untuk mengambil peduli dan cakna berkenaan isu ini kerana bukan hanya ekonomi yang menjerat membuatkan seseorang tertekan tetapi tahap kesihatan mental yang cergas juga perlu diambil kira.

 

Mengikut akhbar Berita Harian bertarikh 6 April 2020, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menggesa kerajaan di seluruh dunia agar turut melindungi wanita susulan penyebaran virus pandemik COVID-19.

 

“Bagi ramai wanita dan kanak-kanak perempuan, mereka berdepan ancaman lebih besar ketika berada di rumah iaitu tempat yang sepatutnya paling selamat.

 

“Beberapa minggu lalu dalam keadaan tekanan ekonomi dan sosial, selain kebimbangan mula meningkat dalam kalangan masyarakat, terdapat banyak kes penderaan domestik global yang dilaporkan.

 

“Saya menggesa kerajaan di seluruh dunia mengambil langkah pengawalan dan turut memfokuskan kepada penderaan wanita sebagai salah satu pelan responsif bagi COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan video AFP.

 

Saya cukup terganggu dengan berita yang menganggarkan kelahiran bayi bakal meningkat pada akhir tahun ini berikutan PKP, namun perkara yang lebih utama untuk diangkat adalah adakah mereka ini cakna berkenaan keadaan ekonomi semasa dan kebajikan si ibu sepanjang tempoh itu dan selepasnya?

 

Jika keadaan ini tidak ditangani dengan baik, kita bakal berdepan dengan masalah penderaan yang semakin meruncing dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Institusi kekeluargaan akan dilihat tidak kuat. Sedangkan, apa yang lebih utama adalah institusi keluarga itu difahami sebagai unit kecil yang menjadi asas pembentukan masyarakat.

 

Daripada keluarga itulah terbentuknya individu yang baik dan berdisiplin, lebih-lebih lagi apabila melihat kepada peranan bapa sebagai ketua keluarga yang sepatutnya terus melindungi.

 

Tidak dinafikan bukan sedikit peningkatan kes keganasan rumah tangga sewaktu PKP ini. Apa yang menjadi kebimbangan pada waktu PKP ini, mangsa tidak boleh lari daripada situasi tersebut serta tiada tempat untuk mengadu lebih-lebih lagi kerana bantuan hanya boleh berlaku atas talian. Ini juga berikutan kebergantungan mangsa kepada pendera yang mungin memburukkan lagi situasi ini.

 

Beberapa cara yang boleh dilakukan sekiranya keganasan ini berlaku pada anda atau mereka di sekeliling anda:

 

1. Hubungi talian bantuan atas talian

Simpan maklumat penting berkaitan kejadian dan maklumkan kepada mereka yang anda hubungi secara jelas dan teratur.

 

Jika anda memerlukan seseorang untuk bercerita, anda boleh hubungi sesiapa yang anda percaya dan mana-mana organisasi yang boleh membantu anda mendengar dan mengawal emosi dengan baik.

 

2. Dapatkan bantuan perubatan

Segera ke hospital atau klinik berdekatan jika anda mengalami kecederaan untuk rawatan dan jika ada kaunter polis, terus buat laporan di sana.

 

3. Buat laporan polis

Pergi ke mana-mana balai polis berdekatan dan nyatakan kejadian yang berlaku dengan jelas seperti tarikh dan masa penderaan.

 

Antara solusi atas talian yang boleh dimanfaatkan berfungsi 24 jam adalah Talian Kasih Hotline di 15999 atau WhatsApp +6019-261 5999, Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI) di talian +6011-576 95171 dan Women’s Aid Org (+603-7956 3488, SMS +6018-988).

 

Nadhirah Khairudin

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia