Pindaan Undang-undang Komitmen Pembelaaan Kanak-kanak

Pindaan Undang-undang Komitmen Pembelaaan Kanak-kanak | IKRAM

Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat telah melaporkan sebanyak 21,614 kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak daripada Januari sehingga Ogos 2020. 

Statistik ini meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya dan penderaan seksual kanak-kanak adalah bentuk penderaan kanak-kanak yang paling banyak dilaporkan.

Baru-baru ini pula dilaporkan berita seorang ayah tiri berusia 36 tahun yang berdepan dengan 32 pertuduhan termasuk merogol, melakukan amang seksual dan seks menggunakan objek terhadap anak tirinya berusia 16 tahun sejak tiga tahun lalu.

Statistik dan laporan-laporan berita menunjukkan isu penderaan kanak-kanak dan jenayah terhadap kanak-kanak di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan.

Oleh itu,  kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 pada 6 April 2023 dan juga Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 pada 29 Mac 2023 disambut baik oleh Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan dilihat tepat pada masanya.

Inisiatif kerajaan melalui Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) untuk melakukan pindaan pada undang-undang tersebut adalah satu tindakan yang wajar dipuji dan menunjukkan kerajaan mempunyai kehendak politik untuk menambah baik undang-undang sedia ada.

Pindaan Keterangan Saksi 

Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 sebagai contoh, tidak pernah dipinda selama 16 tahun sejak ia dikuat kuasa. 

Justeru, pindaan yang dibuat ini akan meletakkan undang-undang kita seiring dengan negara-negara maju yang lain apabila kita mempelajari dan mempraktikkan amalan terbaik yang dilaksanakan di seluruh dunia.

Pindaan ini juga dapat mempertingkatkan undang-undang kita supaya selaras dan setara dengan piawaian antarabangsa. 

Pindaan yang dibuat kepada Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 dilihat bersifat lebih mesra kanak-kanak.

Ia memberi perlindungan terhadap saksi kanak-kanak dengan menaikkan umur dari 16 tahun kepada 18 tahun dan ini adalah lebih selari dengan definisi kanak-kanak sebagai golongan yang berumur 18 tahun dan ke bawah seperti dinyatakan dalam Akta Kanak-Kanak 2001.

Kenaikan umur ini juga dapat memenuhi komitmen kerajaan kepada Artikel 12 di bawah Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak yang menyatakan bahawa kanak-kanak mestilah diberikan peluang untuk didengar dalam apa-apa prosiding yang melibatkan kepentingan kanak-kanak, sama ada prosiding undang-undang mahupun pentadbiran. 

Pindaan Pendengaran, Pampasan

Selain itu, pindaan yang melibatkan sesi pendengaran khas merupakan satu reformasi untuk membantu mangsa atau saksi kanak-kanak daripada mengalami trauma berpanjangan.

Trauma ini berlaku disebabkan mereka terpaksa melalui proses perbicaraan yang panjang dan berulang-ulang, atau tekanan yang dihadapi akibat kaedah soal jawab peguam yang tidak sesuai dengan tahap perkembangan mereka.

Peruntukan baru ini juga membolehkan keterangan saksi kanak-kanak direkod sepenuhnya semasa ingatan mereka masih segar.

Peruntukan untuk mangsa kanak-kanak diberikan pampasan di bawah undang-undang oleh mahkamah turut diwujudkan melalui pindaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Pindaan ini menunjukkan mangsa kanak-kanak bukan sahaja dilindungi tetapi juga dibela dengan adil dan sewajarnya. 

Penukaran terminologi ‘pornografi kanak-kanak’ kepada ‘bahan penganiayaan seksual kanak-kanak’ juga memperluaskan lagi takrifan jenayah tersebut dan menunjukkan sifat kesalahan itu yang berbentuk penderaan dan mengekploitasi mangsa.

Pindaan akta ini juga mewujudkan bentuk jenayah khusus yang mengambil kira cara baru dan bentuk baru penderaan seksual kanak-kanak meliputi ancaman jenayah dalam talian yang semakin banyak berlaku. 

Peranan Semua Pihak

Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berjalan seiring pindaan terbaru. 

Cadangan Dato’ Sri Azalina supaya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama syarikat telekomunikasi (telco) untuk turut memainkan peranan dengan memantau serta menurunkan kandungan-kandungan pornografi yang terdapat dalam talian adalah sangat baik dan seharusnya direalisasikan. 

Kelulusan pindaan akta-akta ini merupakan satu langkah ke hadapan dan menzahirkan keprihatinan serta kepekaan kerajaan terhadap penambahbaikan undang-undang, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menjamin hak dan perlindungan untuk golongan kanak-kanak. 

Masyarakat sewajarnya turut prihatin dan peka serta menyokong segala usaha dalam memastikan kesejahteraan kanak-kanak terbela.

Namun begitu, pindaan undang-undang ini tidak bermakna sudah memadai dan komprehensif.

Sejauh mana keberkesanan undang-undang yang telah wujud dalam mengatasi permasalahan berhubung isu-isu terkini melibatkan kanak-kanak dan saksi kanak-kanak harus diberikan perhatian dan penilaian berterusan. 

Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia