Pindaan Akta Pencegahan Jenayah Dipersoalkan – IKRAM

Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 tersebut mengandungi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan Islam dan maqasid syariah serta tidak selari dengan prinsip asas kebebasan asasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

Secara khusus, apabila akta berkenaan dipinda dengan meletakkannya di bawah Perkara 149 Perlembagaan,  maka beberapa hak kebebasan asasi di bawah Perkara 5, 9, 10 dan 13 Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya terjamin sekaligus dinafikan. Perkara ini termasuklah hak untuk bergerak secara bebas,  hak untuk bersuara, berhimpun  dan berorganisasi serta hak untuk memiliki harta. Dahulunya,  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan juga dinaungi di bawah Perkara 149.

IKRAM juga memandang serius beberapa peruntukan yang seolah-olah mengembalikan ISA dan Ordinan Darurat (EO) khususnya yang berkait dengan penahanan tanpa bicara dan kuasa semakan mahkamah.  Antaranya ialah seperti berikut:

1. Pindaan terhadap pengenalan PCA yang memetiknya daripada ISA iaitu “Whereas action has been taken and further action is threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organized violence against persons or property;” Pengenalan atau skop ini bersifat luas dan tidak khusus untuk jenayah berat atau terancang. Ia terbuka untuk disalahguna seperti mana ISA.

2. Seksyen 19A memberi kuasa mutlak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah di bawah akta ini untuk menahan orang yang dituduh selama dua tahun dan boleh dilanjutkan tanpa melalui proses perbicaraan di mahkamah.

3. Seksyen 15A pula menghalang semakan mahkamah ke atas keputusan Lembaga Pencegahan Jenayah melainkan perkara-perkara yang berkenaan prosedur. Kuasa mutlak terletak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah.

4. Dalam seksyen 9 (5) pindaan terbaru ini juga menafikan hak yang tertuduh untuk ditemani peguam semasa disiasat oleh pegawai penyiasat.


Dalam masa yang sama,  IKRAM juga menyedari dan memahami kepentingan mencegah jenayah terancang dan berat yang sedang mengancam rakyat.  Islam juga menganjurkan kita untuk melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Cumanya pencegahan jenayah tidak sehingga menggadai prinsip keadilan dan kebebasan diri dengan penahanan tanpa bicara dan kuasa terlalu luas tanpa semakan.

Perdana Menteri sebelum ini pernah mengumumkan bahawa PCA digubal semula untuk membanteras jenayah berat yang semakin membimbangkan.  Beliau juga pernah menolak gesaan sesetengah pihak untuk mengembalikan penahanan tanpa bicara supaya hak asasi individu tidak terjejas di samping kepentingan awam dilindungi.  Namun PCA yang diluluskan bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri itu.

IKRAM berpendapat selain penguatkuasaan undang-undang, langkah-langkah berikut harus dilakukan untuk mencegah jenayah:

1. Meramaikan bilangan anggota polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah yang mana angkanya kini hanya 9% daripada 112,000 anggota polis seluruh negara.

2. Bersungguh-sungguh memerangi rasuah dan mendakwa anggota penguatkuasa yang korup bukan hanya di kalangan pihak polis tetapi juga anggota penguatkuasa Jabatan Kastam & Eksais Diraja, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran, Majlis Perbandaran dan lain-lain.  Ini kerana anggota penguatkuasa yang korup mudah dibeli dan dipergunakan oleh sindiket jenayah.

3. Menggalakkan semua golongan masyarakat berperanan melalui kempen kesedaran anti-jenayah. Sektor Rukun Tetangga yg pernah diwujudkan dahulu wajar dihidupkan kembali.

IKRAM melihat pencegahan jenayah bukan dengan memperkenalkan undang-undang yang jelas melanggar prinsip asas keadilan, kebebasan dan kedaulatan undang-undang tetapi dengan memperkuatkan semula Polis dengan kecekapan siasatan, profesionalisme dan ilmu agama serta membebaskan mereka daripada rasuah, salahguna kuasa dan kekebalan.

Justeru, IKRAM menggesa Kerajaan untuk:
1. Menarik balik pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang telah diluluskan baru-baru ini dan menghormati prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang. Ini khususnya bagi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan dan kebebasan asasi.

2. Menghormati dan mendengar pandangan rakyat dengan melakukan konsultasi, dialog dan rujukan dengan Majlis Peguam, Suhakam dan NGO dengan berhemat dan tidak tergesa-gesa sebelum melakukan apa-apa pindaan undang-undang terutama yang mengaitkan keselamatan dan ketenteraman awam.

3. Mencegah jenayah dengan siasatan yang cekap, berintegriti dan profesional bukan dengan memberikan kuasa yang terlalu luas yang membolehkan berlakunya salahguna kuasa dan penyelewengan.

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad

Presiden

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)



Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia