Pimpinan tertinggi IKRAM sertai misi bantuan banjir

Pasukan sukarelawan i-Bantu yang menaiki tiga kenderaan bertolak dari Kajang jam 1.00 tengahari ke Karak melalui Lebuhraya KL-Karak. Di Karak, kenderaan misi melalui jalan lama dan tiba di Temerloh pada jam 4.30 petang.

Barang bantuan berupa makanan dan telekung telah dihantar ke SMK Seri Tualang, Temerloh yang dijadikan pusat pengumpulan barang-barang bantuan i-Bantu. Kemudian, Ustaz Hasanuddin bersama pasukan i-Bantu Kajang juga melawat Kuarters JKR Temerloh di mana sekelilingnya telah menjadi pulau.

Salah seorang sukarelawan i-Bantu turut dihubungi oleh kenalan agar membekalkan makanan untuk 10 keluarga yang belum sempat dipindahkan oleh petugas Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sebelum pulang, Ustaz Hasanuddin sempat menyampaikan kuliah Maghrib dan mengimamkan solat hajat di pusat pemindahan Sekolah Sukan Pahang di SMK Seberang Temerloh yang menempatkan lebih 2,000 mangsa banjir.

Penyertaan para pimpinan tertinggi IKRAM dalam misi bantuan ini, diharapkan akan menjadi qudwah dan tauladan untuk semua ahli IKRAM khususnya dan masyarakat amnya untuk turun padang menyelami keperitan dan kesengsaraan serta membantu mereka yang diuji dengan banjir dengan sedaya yang mampu, insyaa-Allah.

Sumber: http://on.fb.me/1CQW8q7


3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia