Pilihan Raya Bersih, Berintegriti Sukar Dicapai?

Diplomat Ghana, Kofi Annan yang juga mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pernah berkata:

“Pilihan raya adalah pemangkin untuk meningkatkan tadbir urus, keselamatan, dan pembangunan insan apabila pengundi percaya ia bebas dan adil. Bagaimanapun, jika tiada pilihan raya yang boleh dipercayai, rakyat tidak dapat mencapai perubahan politik yang aman.”

Barangkali kata-kata itu seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia sematkan agar ia dapat direalisasikan sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Realitinya, demokrasi bukan sahaja pilihan raya umum (PRU). Namun, tidak ada negara yang memperoleh status demokrasi melainkan ia menjalankan pilihan raya yang adil, kerana ia adalah asas legitimasi kepada demokrasi.

Pilihan raya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin dengan mengundi calon pilihan untuk mempertanggungjawabkan mereka yang memenangi pilihan raya.

Pilihan raya adalah mekanisme yang menjamin peralihan kuasa politik secara aman, di samping itu ia merupakan elemen terpenting bagi mana-mana sistem demokrasi yang berfungsi untuk memperbaiki keadaan hidup dengan mengaitkan kepentingan pengundi dengan kepentingan kerajaan, dan membenarkan rakyat memilih wakil yang mencerminkan kehendak mereka.

Oleh itu, pilihan raya yang adil menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan dalam jangka masa panjang, kerana ia mewujudkan asas tadbir urus yang baik, bertindak balas kepada keperluan rakyatnya.

Hak Asasi

Setiap warganegara mempunyai hak asasi iaitu mengambil bahagian dalam tadbir urus dan pengurusan hal ehwal awam negaranya.

Kita juga berhak mengundi dan dipilih dalam pilihan raya tanpa sebarang diskriminasi, kerana ia kehendak rakyat yang diterjemahkan melalui peti undi, yang menjadi sumber kuasa dalam pemerintahan demokrasi.

Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, dan juga Perkara 25 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, sebagai tambahan menjelaskan kepada instrumen antarabangsa, mengenai hak asasi manusia, menetapkan konsep-konsep di mana prinsip bahawa pilihan raya adalah hak milik rakyat dan komponen paling menonjol dalam demokrasi sebenar.

Percaya Pilihan Raya

Pilihan raya inklusif ialah pilihan raya yang memberi peluang sama rata kepada semua rakyat yang layak untuk mengambil bahagian sebagai pemilih dalam memilih wakil mereka, dan sebagai calon untuk jawatan kerajaan.

Tidak syak lagi bahawa hak untuk menyertai ini adalah konsep yang luas dan umum, yang hanya boleh tertakluk kepada sekatan logik yang diperuntukkan oleh undang-undang. Pihak berkuasa sebaliknya harus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menilai dan menghapuskan sebarang halangan kepada penyertaan semua rakyat.

Langkah-langkah ini termasuk menghapuskan halangan yang biasanya menyekat rakyat terpinggir seperti minoriti etnik, agama atau bahasa; wanita, orang muda, atau orang tua; atau orang kurang upaya.

Oleh itu, adalah perlu sekatan yang dikenakan ke atas hak untuk mengambil bahagian yang terhad dan berkaitan, sebagai contoh, undang-undang mengenai umur layak mengundi atau bertanding pilihan raya.

Pilihan raya dianggap telus apabila setiap prosedurnya tertakluk kepada penelitian, dan pihak berkepentingan secara bebas mengesahkan sama ada proses pilihan raya telah dijalankan dengan adil dan tepat.

Prinsip ketelusan adalah berkaitan dengan hak asasi setiap orang untuk meminta, menerima dan menyampaikan maklumat (yang membentuk elemen kebebasan bersuara), serta hak untuk mengambil bahagian dalam tadbir urus dan pengurusan hal ehwal awam.

Adalah penting bahawa proses membuat keputusan diletakkan di bawah penelitian, dengan rakyat diberi peluang yang cukup untuk memberikan maklum balas dan pendapat mereka.

Ia juga penting bahawa maklumat tentang semua fasa kitaran pilihan raya boleh diakses oleh rakyat termasuk pengundi dan calon.

Di samping itu, pemerhati bertauliah yang tidak berat sebelah atau partisan, mesti digunakan untuk mengiringi proses pilihan raya dalam semua peringkatnya dan mereka mesti dibenarkan untuk mengulas secara terbuka mengenai perjalanannya tanpa tertakluk kepada sebarang sekatan yang tidak boleh diterima.

Prinsip akauntabiliti dalam pilihan raya merujuk kepada hak rakyat untuk memantau kelakuan pihak berkepentingan pilihan raya, termasuk pegawai dalam kerajaan, badan pengurusan pilihan raya, parti politik dan pasukan keselamatan.

Pilihan raya adalah mekanisme asas yang membolehkan rakyat mempertanggungjawabkan institusi pemerintahan. Namun akauntabiliti tidak berhenti pada setakat ini, tetapi juga mesti diperluaskan kepada prosedur pilihan raya itu sendiri.

Kepentingan Sertai Pilihan Raya

Kepentingan menyertai pilihan raya terletak kepada kepentingan perasaan pengundi tentang sejauh mana undi mereka mempengaruhi proses pilihan raya.

Hakikatnya, negara-negara yang berusaha untuk menyatukan prinsip demokrasi terbiasa untuk memastikan integriti dan keadilan proses pilihan raya. Selain yang utamanya, ia bagi memastikan pengukuhan demokrasi yang berpunca daripada pilihan rakyat terhadap wakil dan wakil rakyat mereka.

Tidak terkecuali, mereka percaya bahawa undi mereka juga boleh mengukuhkan keseimbangan politik jika pilihan raya yang diadakan mengikut syarat perundangan dan perlembagaan yang ditetapkan.

Namun, pilihan raya tanpa penyertaan rakyat realitinya mencerminkan ketidakpercayaan mereka terhadap sistem mahupun komitmen wakil rakyat serta parti yang dipilih.

Berikutan itu, rakyat yang mengalami rasa kecewa hingga membawa mereka kepada rasa tidak kisah dan merasakan keputusan politik tidak mendatangkan apa-apa terhadap kehidupan mereka, apatah lagi merasakan penglibatan mereka dalam pilihan raya tidak akan mengubah realiti dan tidak akan mencapai kehendaknya.

Ini terbukti sebagaimana pilihan raya lalu, apabila kerajaan yang telah dipilih dikhianati oleh puak-puak yang mementingkan kuasa melalui ‘Langkah Sheraton’, tanpa memikirkan hak dan kesejahteraan rakyat.

Akan tetapi, bagi memastikan kesejahteraan negara, membina dan berpengaruh terbaik dalam pentadbiran yang dipilih, seterusnya mengarahkan pentadbiran itu ke arah program yang memberi khidmat kepada rakyat yang mengundi, mereka perlu mengambil bahagian dalam proses pilihan raya ini.

Kriteria yang Tepat

Penyertaan dalam pilihan raya parlimen adalah tugas negara dan hak perlembagaan yang memerlukan penyertaan semua rakyat, menekankan komitmen kepada pendekatan demokrasi dan kesungguhan untuk membenarkan rakyat mengambil bahagian dalam membuat keputusan.

Sebagaimana penyertaan pilihan raya amat penting dalam memantapkan demokrasi dan memajukan negara, kewujudan pendekatan demokrasi dan usaha serta komitmen untuk memajukan negara dalam semua bidang juga berfungsi untuk meningkatkan kadar penyertaan pilihan raya agar pengundi merealisasikan kepentingan undinya dalam mengubah nasib rakyat dan meletakkan negara ke arah yang lebih baik.

Penyertaan politik bukan berpunca daripada keinginan pengundi semata-mata untuk menggunakan haknya untuk mengundi, sebaliknya disebabkan faktor hak.

Kewujudan kesedaran politik dan sosial secara beransur-ansur perlu dibentuk dalam masyarakat. Pilihan raya adalah salah satu manifestasi penyertaan politik dalam sistem demokrasi, tetapi sebagai satu tindakan sahaja ia tidak mencukupi untuk mencapai demokrasi. 

Ini kerana akses kepadanya memerlukan kayu ukur terhadap matriks, antaranya keadaan institusi, undang-undang, budaya dan politik seterusnya rakyat menikmati hak mengundi.

Penyertaan pilihan raya bermakna bahawa rakyat menyedari kepentingan peranan dan komitmennya terhadap proses pilihan raya.

Selain itu, mereka tahu bagaimana memilih calon dengan sebaiknya yang mampu membawa aspirasi dan merealisasikan sesuatu yang sewajarnya. Dengan melibatkan diri dalam pilihan raya bermakna pengundi dan calon wakil rakyat berasa bertanggungjawab bukan sahaja terhadap individu, masyarakat dan rakyat, tetapi negaranya.

Pelanggaran Pilihan Raya

Ia juga perlu untuk menggunakan cara yang berkesan bagi menghadapi setiap pelanggaran hak pilihan raya selain memastikan parti-parti bertanggungjawab dalam proses pilihan raya dan pelbagai aktiviti kerajaan yang dikaitkan dengan mereka kepada akauntabiliti pentadbiran.

Di samping itu, langkah yang sewajarnya perlu diambil kepada mereka yang melakukan perbuatan jenayah dan melanggar hak pilihan raya.

Pilihan raya boleh dianalogikan sebagai suatu sifat berdaya saing apabila rakyat mempunyai peluang yang sama rata dan adil untuk bertanding dalam ‘pertempuran’ pilihan raya dengan tujuan memenangi jawatan dan mendapat kuasa.

Persaingan politik adalah asas pilihan raya yang benar-benar mencerminkan kehendak rakyat. Sebagaimana hakikatnya, prinsip persaingan merangkumi semua aspek pilihan raya sepanjang pilihan raya.

Selain itu, undang-undang mestilah membenarkan rakyat berhimpun dan mendaftar parti politik untuk mewakili kepentingan mereka, menyediakan kemudahan untuk parti atau calon bertanding dan menganjurkan kempen pilihan raya.

Seterusnya sebagai balasan, pengundi boleh membuang undi tanpa tertakluk kepada sebarang tekanan, ugutan dan keganasan yang menyalahi undang-undang.

Oleh yang demikian, pilihan raya bersih dan boleh dipercayai apabila ia bersifat inklusif, telus, bertanggungjawab, berintegriti dan berdaya saing.

Persoalannya, mampukah PRU15 kali ini dilaksanakan sedemikian?

Maka, kita sebagai rakyat sedarlah. Ayuh selamatkan Malaysia!

 

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Penyiaran dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia