Piknik Kembalikan Negara Ku 16 September ini

Sebelas hari lagi rakyat akan menyaksikan ulang tahun ke-51 penubuhan Malaysia kita.

Namun tidak banyak sebab untuk meraikannya.

Nenek moyang kita membayangkan Malaysia yang dihuni satu bangsa, kaya dengan kepelbagaian budaya dan agama, dan bersatu dalam usaha mencari keadilan dan kesamaan, dengan institusi kerajaan diterajui oleh lelaki dan wanita yang didorong keinginan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Hari ini, anasir pecah-belah di antara kita bertindak sesuka hati serta bebas daripada sebarang hukuman, dan dalam masa yang sama, undang-undang kuno terus digunakan untuk mengekang suara-suara rakyat.

Seperti yang dinyatakan oleh berbagai pihak dalam beberapa hari ini, kita menghadapi bahaya menjadi negara yang gagal.
Siapakah yang boleh menyelamatkan Malaysia?

Hanya rakyatnya.

Dengan pengamatan ini kami menyeru rakyat untuk menjadikan 16 September 2014 ini hari kita bersama-sama memulakan usaha menuntut kembali negara kita daripada mereka yang mahukan kita berpecah-belah serta lemah. Di tempat kerja dan di kawasan kejiranan kita, jalinkan semula hubungan dengan teman dan taulan untuk menyebarkan semangat “Satu Nusa, Satu Bangsa” yang diimpikan oleh nenek moyang kita. Jadikan tindakan bersama kita sebagai pengisytiharan bahawa usaha menakut-nakutkan kita dengan tuduhan menghasut dan tindakan kekerasan yang bertujuan menggagalkan usaha memulihkan semula negara, tidak akan menghalang rakyat menebus kembali negara kita ini. Untuk melancarkan usaha yang bertemakan “kembalikan negara ku” ini, Jawatankuasa Pemandu akan berada di Taman Jaya, Off Jalan Timur, Petaling Jaya pada 16 September 2014, bermula jam 8.30 hingga 10.00 pagi, untuk menjayakan apa yang kita panggil, “perkelahan rakyat”. Kami berharap anda akan bersama kami di sana.

Bagi yang tidak boleh bersama anda boleh menganjurkan sendiri pertemuan bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Kami berbesar hati memaklumkan kami akan menganjurkan dua forum, satu di Kuala Lumpur dan satu lagi di Pulau Pinang sebagai pembuka tirai kapada siri jelajah seluruh negara. Tarikh dan tempat akan di maklumkan kemudian.

Kami juga akan menganjurkan satu forum bertajuk, “Revisiting the Malaysia Agreement” pada 29 September 2014 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Butiran forum akan dimaklumkan kemudian.


[Versi Bahasa Inggeris]

Press Statement From Negara-Ku: People’s Movement
4 September, 2014
KEMBALIKAN NEGARA KU PICNIC

In 11 days, the rakyat will witness the 51st anniversary of the founding of our Malaysia.

Yet, there is little reason to celebrate.

Our forefathers envisaged a Malaysia of a single people, rich in our cultural and religious diversity, and united in our quest for justice and equality, with institutions of state steered by men and women who were driven by a desire to serve the people.

Today, divisive forces in our midst seemingly work at will and with impunity whilst archaic laws continue to be used to stifle the voices of the rakyat.

As has been observed by so many over the last few days, we are in danger of becoming a failed state.
Who can save Malaysia?

Only the Rakyat.

It is with this in mind that we call on the rakyat to make this 16th September, 2014 the day when we collectively start to reclaim our nation from those who would have us divided and thereby weakened. Both at our workplace and in the neighbourhoods where we live, make the effort to reconnect with our friends and acquaintances to spread the spirit of “One People, One Nation” that our forefathers aspired to. Let our collective actions make it known that attempts to sow the fear of sedition and heavy handed tactics to thwart this renewal of the nation will not stop the march by the rakyat to reclaim our nation. To launch this effort, themed “Kembalikan negara ku”, the steering committee will be at Taman Jaya, Off Jalan Timur, Petaling Jaya on 16th September, 2014, starting at 8.30am until 10.00am to partake of a “Piknik Rakyat” and hope you will join us there. For those who cannot be there, you could organize your own little get-together with family and friends as your own effort.

We are also pleased to announce that we will be organizing two major forums, one in Kuala Lumpur and the other in Penang, as a prelude to a series of roadshows through the country. The dates and venues for the same will be announced once finalized.

Additionally, we will be hosting a forum entitled “Revisiting the Malaysia Agreement” on 29th September, 2014, 8pm at the Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall. Further details, together with the names of speakers, will be announced in due course.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia