Pesta Kaamatan patuh syariah diteruskan

Menurut Pengerusi Protem Pertubuhan Momogun Muslim Se-Malaysia, Hj Nicholas Sylvester, majlis ini bertujuan untuk meraikan suku kaum Momogun Muslim menyambut perayaan kebudayaan mereka mengikut garis panduan agama mereka.

“Di negara ini sudah terdapat ratusan ribu penduduk Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Sungai, Idaan, Lundayeh dan lain-lain suku kaum tempatan, singkatannya ‘Momogun’ yang beragama Islam.

“Mereka juga mahu merayakan sambutan pesta kaamatan sebagai sambutan perayaan kebudayaan mereka secara yang dibenarkan oleh garis panduan agama mereka,” katanya.

    

Nicholas turut menjelaskan lima objektif penganjuran Majlis Tadau Kaamatan iaitu:

1. Menyambut Tadau Kaamatan 2017 secara harmoni dan inklusif bersama semua komuniti.

2. Membina dan memperkenalkan identiti dan kebudayaan masyarakat Momogun Muslim Malaysia yang ‘shariah compliant’ (patuh syariah).

3. Membina hubungan harmoni dengan semua etnik dan penganut pelbagai agama di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya.

4. Menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa atas kurniaan rezeki-Nya dalam keberhasilan penuaian padi dan juga pelbagai usaha yang produktif seperti berladang, berindustri, berniaga dan segala usaha lain sesuai dengan peredaran zaman.

5. Mengetengahkan agenda membina jati diri dan budaya yang positif, progresif dan produktif dalam kalangan Momogun Muslim khasnya dan masyarakat awam amnya.

“Tidak ada niat dan tujuan lain yang tidak baik daripada penganjuran ini,” tambahnya.

Jelas Nicholas lagi, Pertubuhan Momogun Muslim Se-Malaysia telah mengambil langkah mendapatkan kepastian dan garis panduan sambutan daripada Sahibus Samahah Datuk Bungsu Aziz, Mufti kerajaan negeri Sabah.

“Sahibus Samahah telah bersama menjayakan sambutan kaamatan secara patuh syariah ini sejak ia mula dilaksanakan beberapa tahun yang lalu lagi”.

Pada tahun ini, pesta kaamatan ini telah berlangsung dengan harmoni di Pulau Penampang dan Keningau pada 13 Mei, Tamparuli pada 14 Mei dan di Kudat pada 16 Mei lalu.

  

Ujar Nicholas yang juga Pengerusi Hidayah Centre Foundation (HCF), pihaknya bersedia menjawab sebarang persoalan anda dan bersedia berdialog dengan semua pihak yang berkepentingan dalam isu ini demi keharmonian dan integrasi nasional.

Pihak penganjur juga sedang berusaha untuk memastikan sambutan ini akan disertai pengunjung daripada pelbagai latar belakang dan akan berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.

“Kami telah berjaya setakat ni untuk menarik minat ramai pelancong dari luar negeri Sabah untuk menyertai majlis sambutan yang akan diadakan 20-21 Mei ini di Kundasang”.

Selain daripada suasana perayaan yang diwujudkan, persembahan, pertandingan, makanan tempatan percuma dan muzik tradisi kebudayaan, pihak penganjur turut mengadakan pemberian anugerah Tokoh Pemikir Momogun, Tokoh Usahawan Momogun, Tokoh Pekerja Produktif Momogun dan Organisasi Contoh Momogun bagi memeriahkan lagi sambutan.

Dengan sambutan yang bersifat inklusif, beliau mengalu-alukan kehadiran semua komuniti, tidak mengira apa pun latar belakang kaum dan agama ke Tadau Kaamatan Kundasang 2017 di Pentas Budaya Kundasang pada Sabtu dan Ahad ini.

“Jangan rasa asing, macam yang orang Sabah biasa katakan, kita-kita juga bah ini”.

Lagi info: HCF Sabah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia