Pesta Kaamatan patuh syariah diteruskan

KOTA KINABALU – Meskipun menerima pelbagai reaksi, Sambutan Tadau Kaamatan atau Pesta Kaamatan berlandaskan syarak di empat kawasan di Sabah telah berlangsung dengan harmoni dan akan diteruskan buat julung kalinya di peringkat negeri di Pesta Budaya Kundasang pada 20-21 Mei ini.