Bengkel selama dua hari ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan & Media IKRAM (IKRAMedia), Hj Mohd Fadzil Saleh dan peserta dilatih oleh para AJK IKRAMedia Pusat.
Para peserta, ucapan Mohd Fadzil dan pembentangan Mohamad Saidy
Pada hari pertama, peserta didedahkan dengan peranan media dalam dakwah, asas penulisan dan kewartawanan yang disampaikan oleh Hj Mohamd Saidy Ismail. Seterusnya, peserta didedahkan dengan asas grafik yang disampaikan oleh Hj Wan Mohd Zukri Che Mat Zin dan Sdr Abdul Aziz Nordin.
Pada hari kedua, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk sesi praktikal. Kumpulan pertama menyertai bengkel praktikal asas grafik menggunakan Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator sementara kumpulan kedua menyertai bengkel teori dan praktikal asas fotografi dan video.
Pembentangan Wan Abdullah Mujahid, Abdul Halim dan Ahmad Jamali
Kumpulan pertama dilatih oleh Hj Wan Mohd Zukri dan Abdul Aziz dan kumpulan kedua dilatih oleh Wan Abdullah Mujahid Hasanuddin dan Hj Abd Halim Shuja.
Pada penghujung bengkel, sebahagian peserta membentangkan hasil grafik dan video masing-masing untuk dikomen oleh fasilitator bengkel bagi penambahbaikan. Akhir bengkel, Setiausaha IKRAMedia Pusat, Hj Ahmad Jamali Sepihie membentangkan peranan media sosial dalam dakwah seterusnya menyampaikan ucapan penutup.
Sesi praktikal di sekitar ibu pejabat IKRAM
Maklumbalas daripada peserta kebanyakannya meminta IKRAMedia mengadakan lagi bengkel lanjutan secara khusus dalam penulisan, grafik, fotografi, video dan media sosial supaya peserta dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi agar penggunaan media dapat dioptimumkan sebaik mungkin bagi tujuan dakwah.
Sebahagian daripada pembentangan peserta: Munir Najmi (grafik), Hafidz (grafik) & Mohd Saidi (video).
Semoga dengan bekal asas kemahiran yang ada, peserta dapat menyumbang untuk IKRAM Negeri, Daerah dan institusi IKRAM yang lain dalam menyebarluaskan lagi dakwah melalui media, insya-Allah.