Pertandingan seni kolaj guna bahasa ibunda

Anjuran bersama Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG, Tamil Foundation, Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), pertandingan ini akan berlangsung pada Ahad ini, 19 Februari 2017, jam 2.00 hingga 6.00 petang di Brickfields Asia College, Kampus Petaling Jaya.

“Program ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah tanpa mengira bangsa dan jantina,” ujar Pengarah Program, Cik Usharani Sarkunavalu dalam sidang media Sambutan Hari Bahasa Ibunda Sedunia 2017 di Pejabat Sekretariat Tamil Foundation di sini.

Tambah beliau, pertandingan ini adalah sebagai satu usaha menyebarkan falsafah atau prinsip “Hidup Berbilang, Makmur Bersama” dalam kalangan masyarakat.

“Program ini dianjurkan bagi menekankan kepentingan bahasa ibunda dan pendidikan berbilang bahasa dalam masyarakat berbilang kaum.”

Menurutnya, karya yang dihasilkan hendaklah berdasarkan konsep asal dan bahan yang digunakan mestilah daripada bahan kitar semula seperti, kain buruk, majalah lama, ranting kayu, daun kering, kotak minuman, botol dan sebagainya.

“Menggalakkan interaksi antara kaum serta memupuk nilai hormat-menghormati antara individu dan kaum adalah menjadi objektif penganjuran ini,” kata Hj Zaid Kamaruddin, Timbalan Presiden IKRAM.

Dalam perkembangan berkaitan, para pelajar yang ingin menjadi peserta dalam program ini bolehlah menghubungi wakil pihak penganjur iaitu Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG di alamat 89 & 91, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur atau di talian 03-21422496 / 97 (Ms Yap/ Ms Tan), no. faks 03-21422487 atau e-mel: info@llgcultural.com

“Peserta-peserta hendaklah menyelesaikan karya dalam masa yang ditetapkan iaitu tiga jam termasuk perbincangan dalam pasukan, penyelesaian karya, ulasan terhadap perasaan dan pengalaman menyertai pertandingan serta penulisan penerangan karya pasukan.”

Beliau berkata, anugerah hadiah cemerlang akan diberikan kepada sebuah karya yang menjadi pemenang.

“Insya-Allah, apa yang menariknya, semua peserta akan mendapat hadiah sampingan dan sijil penyertaan,” tambah Hj Zaid.

Sehubungan dengan itu, bagi memperkenal dan menerangkan karya pasukan masing-masing kepada juri dan para hadirin, para peserta wajib menghadirkan diri dalam Majlis Sambutan Hari Bahasa Ibunda Sedunia pada jam 6.30 petang Selasa, 21 Februari 2017 di tempat yang sama.

UNESCO telah mengisytiharkan Hari Bahasa Ibunda Sedunia disambut pada 21 Februari setiap tahun semenjak 17 November 1999, bagi mengiktiraf kepelbagaian bahasa dan budaya dalam kalangan penduduk dunia dengan menginterpretasikan bahasa ibunda.

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai banyak bahasa ibunda. Justeru itu, Malaysia merupakan satu daripada 28 buah negara yang menyokong cadangan pengisytiharan 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda oleh UNESCO.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia