Perpaduan Nasional Antara Agenda Utama IKRAM

Perpaduan Nasional Antara Agenda Utama IKRAM

KUALA LUMPUR – Dalam usaha IKRAM mencapai matlamatnya menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah, perpaduan nasional telah diletakkan sebagai salah satu agenda utama.

“IKRAM melihat bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat merupakan pemangkin kepada kemakmuran ekonomi, kesejahteraan dan keharmonian negara,” kata Ketua Kluster Perpaduan Nasional IKRAM, Dr Sabariah Baharun.

Jelas beliau, kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada semangat penerimaan dan rasa hormat yang tinggi antara kaum dan agama.

“Justeru, setiap individu mesti mempunyai pemahaman yang jelas akan peranan masing-masing untuk menerapkan nilai murni dalam interaksi seharian dan harus membina sikap penerimaan antara satu sama lain dalam masyarakat.”

Beliau berkata demikian dalam sesi Bual Bicara Bersama IKRAM di Pavilion Selangor, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 di WTCKL di sini pada Isnin.

Turut bersama dalam sesi bual bicara ini  Yang Dipertua IKRAM Selangor, Dr Muhammad Azhar Zailani.

Kata beliau, perbezaan kaum dan warna kulit tidak seharusnya dijadikan sebab masyarakat untuk berpecah-belah, bahkan seharusnya menjadikan kepelbagaian itu sebagai kekuatan.

“Dalam membentuk masyarakat harmoni, penting untuk kita menjaga adab dan saling menghormati antara satu sama lain,” ujarnya.

Untuk mengukuhkan perpaduan, tambahnya, tiga perkara utama yang perlu dibawa ialah pemupukan nilai-nilai murni, semangat patriotisme dan mempromosikan perpaduan.

Katanya lagi, setiap tahun IKRAM melaksanakan Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) dengan kerjasama NGO-NGO yang pelbagai agama dan juga kaum dan juga dengan kerajaan, seperti Kementerian Perpaduan.

“IKRAM turut menerbitkan beberapa lagu berunsurkan perpaduan dan patriotisme iaitu Selamanya Malaysia dan satu lagu tentang Rukun Negara yang sedang dalam proses pembikinan,” jelasnya.

Dalam pada itu, IKRAM turut memperkenalkan tiga buku terbitannya berkaitan perpaduan dan masyarakat progresif sempena PBAKL 2024.

Buku-buku tersebut ialah Harmoni dalam Kepelbagaian dan Masyarakat Progresif yang Diidamkan, manakala buku Himpunan Hadis Perpaduan dalam Kepelbagaian masih dalam proses pencetakan.

Oleh kerana cetakan pertama kedua-dua buku ini terhad dan sudah kehabisan stok, makluman cetakan seterusnya akan dimaklumkan kelak kepada umum, insya-Allah..

IKRAM turut merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang diterajui Pengarahnya Datin Paduka Mastura Hj Muhamad yang menjemput IKRAM mengisi sesi tersebut dan juga berminat membeli buku-buku IKRAM.

Foto Sesi Bual Bicara Bersama IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia