Perpaduan: JK HARMONI Diaktifkan, Dialog Diperkasa

Perpaduan: JK HARMONI Diaktifkan, Dialog Diperkasa | IKRAM

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyatakan komitmen untuk mengaktifkan Jawatankuasa Keharmornian Antara Penganut Agama (HARMONI) dan memperkasakan program Dialog Antara Tamadun bagi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian hidup beragama di negara kita.

Menterinya, Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya akan memberikan sokongan kepada pelbagai aktiviti ke arah mewujudkan persefahaman menerusi pelaksanaan seminar, penerangan dan penerbitan bahan ilmiah.

“Jawatankuasa HARMONI ini diharapkan akan berfungsi sebagai badan perundingan rasmi para pemimpin agama utama di Malaysia bagi memberikan input-input terbaik dan mencadangkan program-program praktikal untuk dilaksanakan bagi memperkuhkan persefahaman dan keharmonian hidup beragama di kalangan rakyat Malaysia.”

Beliau berkata demikian selepas Majlis Muhibbah Merdeka Bersama Pemimpin-pemimpin Agama bersempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di sini pada Selasa.

Seramai 20 orang perwakilan daripada pelbagai pertubuhan utama berasaskan agama di Malaysia dari kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam telah hadir dengan penuh kemesraan dan hormat menghormati di antara satu sama lain, termasuk Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin.

Turut bersama hadir ialah agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ujar Dato’ Dr Mohd Na’im, pertemuan ini jelas membuktikan semangat persefahaman dan kerjasama yang utuh dari kalangan para pemimpin agama di Malaysia demi membina keharmonian dan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang agama dan kaum di negara ini.

“Saya juga telah mengambil kesempatan daripada Majlis Muhibbah Merdeka ini mengadakan perbincangan bersama para pemimpin agama yang hadir tentang langkah-langkah bersama dan usaha terbaik yang boleh dilaksanakan bagi mengukuhkan keharmonian hidup beragama di negara kita,” jelasnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia