Perpaduan: IKRAM Terima Kunjungan Huazong, Teroka Kerjasama

Perpaduan: IKRAM Terima Kunjungan Huazong, Teroka Kerjasama

SERI KEMBANGAN – Buat julung kalinya Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menerima kunjungan hormat daripada Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) ke Ibu Pejabat IKRAM di sini pada Sabtu.

Presiden Huazong, Tan Sri Goh Tian Chuan mengetuai delegasinya seramai 20 orang, disambut mesra oleh Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan pertubuhan tersebut, serta berbincang tentang ruang kerjasama antara Huazong dan IKRAM bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam pertemuan itu, Tan Sri Goh berkata, beliau amat gembira mengunjungi IKRAM dan mengalu-alukan kunjungan delegasi IKRAM ke Wisma Huazong yang berdekatan dengan Ibu Pejabat IKRAM, di samping melawat Malaysian Chinese Museum yang mempamerkan sejarah kaum Cina di Malaysia.

Tambah beliau, Huazong sedia bekerjasama dengan IKRAM dan mana-mana pertubuhan-pertubuhan lain yang berbilang bangsa untuk memupuk perpaduan dan memacu kemakmuran.

“Kami dengan hati yang terbuka bersedia bekerjasama, engage dengan mana-mana pihak sebagai rakan yang membantu, untuk satu tujuan agar Malaysia menjadi maju jaya,” jelasnya.

Mewakili IKRAM, Hj Badlishah amat mengalu-alukan kunjungan tersebut serta menyatakan komitmen untuk melakukan kunjungan balas ke Wisma Huazong tidak lama lagi. 

Menurutnya, kedua-dua pertubuhan itu mempunyai matlamat yang sama untuk kemajuan dan kemakmuran Malaysia, dan IKRAM sedia bekerjasama dengan Huazong dalam bidang-bidang yang sesuai bagi mengeratkan perpaduan.

Turut hadir mewakili dalam kunjungan itu Timbalan Presiden Jusni Yusoff, Naib Presiden Prof Dr Hanim Salleh, Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan Ketua IKRAM Muda, Khairul Anuar Kamaruddin.

Hadir bersama mewakili Huazong dalam pertemuan itu Naib Presiden Dato’ Oie Poh Choon, Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat antaranya Datuk Dr Hoo Ch’ng Pow, Goh Han Koon dan Ir Stanley Yong Yew Wei, serta jawatankuasa pemuda badan induk pertubuhan Cina tersebut.

Ditubuhkan pada 1991, Huazong merupakan gabungan 13 Dewan Perhimpunan Cina di semua wilayah dan negeri di Malaysia, yang juga merupakan gabungan kepada kebanyakan NGO masyarakat Cina di setiap wilayah dan negeri.

Sebagai NGO gabungan pertubuhan Cina terbesar di Malaysia, Huazong memainkan peranan untuk memelihara kepentingan komuniti Cina dalam isu berkaitan ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pembangunan sosial.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia