Perlu Tindakan Khusus Laksana Reformasi Institusi 

Perlu Tindakan Khusus Laksana Reformasi Institusi | IKRAM

KUALA LUMPUR – Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia berkenaan Integriti, Governans dan Anti-Rasuah (KRPPM-IGAR) yang diketuai Ahli Parlimen Tangkak, YB Syed Ibrahim Syed Noh semalam telah mengadakan sidang media menyuarakan kebimbangan  terhadap kelewatan dan status kemajuan pelaksanaan reformasi institusi.

Melalui mesyuarat bersama rakan-rakan KRPPM-IGAR pada minggu lalu, mereka menegaskan tentang keperluan untuk sebuah pelan tindakan khusus dan strategi yang jelas untuk merealisasikan sekurang-kurangnya fasa pertama reformasi berkenaan iaitu:

  1. Pemisahan Kuasa Antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya
  2. Pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2009
  3. Reformasi Parlimen melalui Akta Perkhidmatan Parlimen
  4. Penggubalan Akta Kebebasan Maklumat

 

Bagi memperkukuh usaha ini, KRPPM-IGAR mencadangkan agar Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) turut diberi peluang memberikan penerangan berkenaan perkembangan status reformasi perundangan berkaitan integriti, governans dan antirasuah yang dikemukakan oleh kumpulan ini.

Selain itu, pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya kerajaan masih dalam tempoh dua tahun proses pelaksanaan dan sedang maju mengikut garis masa seperti yang pernah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Seri Azalina Othman Said sebelum ini dan dalam perancangan untuk laporan interim dikeluarkan pada 2025.

Menurut Syed Ibrahim, beberapa reformasi yang dicadangkan seperti Pendanaan Politik, Akta Perkhidmatan Parlimen sedang dalam penelitian mendalam dan diambil tindakan oleh pihak Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSSC).

Tambah beliau, persoalan mengenai perkembangan Strategi Anti Rasuah Negara (NACS) telah diberi maklum balas oleh menteri itu. Mereka menyimpulkan komitmen untuk menjamin ketelusan serta semak dan imbang dalam pelaksanaan dan pematuhan strategi yang melibatkan semua pihak berkepentingan.

KRPPM-IGAR juga mencadangkan agar Akta Kebebasan Maklumat (FOI) dijadikan agenda keutamaan dalam penggubalan undang-undang bagi memperkukuh transformasi menyeluruh terhadap akta-akta lain berkaitan integriti, tadbir urus dan antirasuah

“Akta ini penting untuk membina budaya akauntabiliti, memperkasa rakyat dan memastikan penglibatan berinformasi dalam proses demokrasi negara,” ujarnya.

Katanya lagi, KRPPM-IGAR juga tidak melihat garis masa yang jelas berkenaan pindaan kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan Ombudsman yang sebelum ini dijangka akan dibentangkan pada tahun ini. Kesegeraan penambahbaikan akan memberikan impak signifikan kepada pencegahan ketirisan dan rasuah di Malaysia.

Selain perkara-perkara tersebut, mereka turut melihat bahawa perubahan struktur tambahan yang penting untuk mencapai objektif tadbir urus yang lebih luas, termasuk reformasi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), peningkatan pengawasan projek mega serta pengasingan pengurusan Sovereign Wealth Fund dan Pension Fund.

Jelas Syed Ibrahim, KRPPM-IGAR bersama ahli-ahli Parlimen, rakan-rakan pakar dan masyarakat sivil akan berdiri teguh dalam usaha mencapai sistem tadbir urus yang berpegang kepada prinsip integriti dan kebertanggungjawaban.

“Dan kami ingin menyeru semua pihak berkepentingan untuk bersama-sama merealisasikan reformasi ini, dalam semangat komitmen bersama ke arah kemajuan Malaysia yang lebih baik,” tegas beliau pada akhir kenyataan media.

Sidang media KRPPM-IGAR itu dihadiri ahli-ahli Parlimen, kumpulan pakar dan masyarakat sivil serta ahli akademik, antaranya YB Tn. Hj. Azli Yusof, YB Young Syefura Othman, YB Khoo Poay Tiong, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Rasuah Busters, Norhayati Nordin dan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia