Perlu seiring dengan mendidik kaum lelaki – Che Asmah

Di samping itu, perjuangan memperkasakan wanita mestilah seiring dengan usaha mendidik kaum lelaki sebagai rakan kongsi yang komited dalam semua usaha bersama dalam membina dunia yang adil lagi selamat.” 

Justeru beliau menegaskan, bagi merealisasikan tema Hari Wanita 2016 iaitu “Sepadu Usaha, Tiada Wanita Ketinggalan”, Wanita IKRAM menyeru kaum wanita khususnya dan rakyat Malaysia serta pihak kerajaaan supaya memberikan tumpuan kepada usaha mendidik wanita dan ahli keluarga.

“(Ia) merangkumi pendidikan yang holistik dan seimbang bagi membina IQ, EQ dan SQ yang dapat melahirkan wanita berjati diri tinggi; kukuh nilai dalamannya, bebas minda dan cara pemikirannya, mulia akhlaknya serta mampu menyerlahkan keperibadian yang mampu menyumbang ke dalam pembangunan masyarakat dan negara,” ujar beliau.

Selain itu, pembabitan wanita Malaysia dalam sektor pekerjaan mestilah tidak sampai menjejaskan keupayaan wanita menjalankan fungsi asasnya sebagai ibu dan isteri, yang menjadi tulang belakang keutuhan institusi keluarga.

Pengukuhan institusi keluarga hendaklah menjadi asas yang perlu diambil kira dalam semua pembentukan dasar dalam melibatkan polisi penggunaan tenaga kerja wanita. Ia memerlukan keprihatinan dan timbang rasa sepadu daripada semua pihak, sama ada wanita, suami, majikan serta ahli masyarakat.”

Wanita juga menurut Che Asmah, perlu peka dan prihatin terhadap perkembangan ekonomi dan urus tadbir negara dan terlibat dalam menentukan kepimpinan negara bagi memastikan pembuat keputusan menyuarakan kepentingan kaum wanita dengan adil.

“Antara usaha paling minima yang boleh dibuat ke arah ini adalah dengan mendaftar sebagai pengundi dan melengkapkan diri dengan ilmu juga kefahaman terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita,” jelas Asmah.

“Wanita Malaysia juga, perlu terus gigih membangunkan diri, keluarga, masyarakat dan tanahair bagi membina sebuah negara rahmah sebagaimana yang diinginkan agar Malaysia terus maju dan berdaya saing dalam erti kata sebenarnya di mana nikmat pembangunan itu dapat dirasai oleh semua lapisan rakyat tanpa ada yang terpinggir.”

Sewajarnya, dengan memastikan Malaysia memenuhi ciri “Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghofur” yang bermaksud negeri yang sentosa, adil dan makmur di bawah lindungan Yang Maha Pengampun, maka tiada warga, tiada wanita yang akan ketinggalan.

Beliau berkata demikian ketika Sidang Media Sayembara Deklamasi Puisi Palestin di Dewan Cempaka, National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH) di sini, sempena 25 Ogos 2016, Hari Wanita peringkat kebangsaan.

Tema sambutan Hari Wanita “Sepadu Usaha, Tiada Wanita Ketinggalan” selaras dengan komitmen Malaysia untuk terus memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender.

Menurut YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , tema ini membawa mesej yang jelas bagi memastikan setiap wanita mencapai potensi yang paling optimum di mana kerjasama dan usaha secara bersama semua pihak adalah agenda yang paling utama.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia