Perkhemahan Wanita IKRAM Johor ‘jalan-jalan bina kekuatan’

Bermula dengan pendaftaran peserta pada pukul 8 malam hari Jumaat di Kompleks IKRAM Johor diikuti dengan sedikit tazkirah dari Ustazah Nabilah yang menyentuh tentang al-Haq. Peserta telah bermalam di kompleks tersebut. Keesokan hari, peserta perlu mencari checkpoint 1-5 sehingga sampai ke tapak perkhemahan. Mereka telah dibahagi-bahagikan dalam kumpulan dan perlu mencari checkpoint tersebut bersama kumpulan masing-masing.

 

 

Klinik UTM Skudai menjadi checkpoint yang pertama diikuti dengan masjid sebagai checkpoint yang ke-2. Di masjid peserta perlu menjawab soalan-soalan untuk mendapatkan petunjuk ke checkpoint ke-3. Juga, mereka perlu menunaikan solat dhuha di masjid tersebut. Bermandikan peluh, peserta mendaki bukit sehingga sampai ke Balai Cerapan iaitu checkpoint ke-4. Di sini sesi taaruf sesama kumpulan telah diadakan. Checkpoint terakhir ialah di tapak perkhemahan hutan rekreasi dan taman herba UTM.


 

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di tapak perkhemahan ialah persembahan kreatif peserta, penyembelihan ayam dan sesi masak-memasak. Bertemakan ‘Ukhuwah teras kegemilangan’  sebanyak enam permainan berunsurkan pengajaran juga telah di jalankan. Sepanjang program perkhemahan, peserta sentiasa menampakkan kesungguhan dan ceria dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Program ini telah menampakkan kerjasama yang baik antara peserta muda dan yang telah berumur. Dari luahan hati peserta, ternyata pihak penganjur telah berjaya memupuk ukhuwah antara peserta sesuai dengan tema program ‘Ukhuwah teras kegemilangan’.



Pengarah program kali ini ialah Puan Hajah Rahimah Abdul Rahman dan kem komandan ialah Puan Hajah Norhana. Fasilitator-fasilitator telah memainkan peranan yang baik dalam menjayakan program keseluruhan.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Hajah Mahayati Ibrahim, Ketua Wanita IKRAM Johor. Program berakhir lebih kurang pukul 1 tengahari. Tahniah team Mukhayyam Akhawat IKRAM Johor.

Sumber: http://johor.ikram.org.my/v4/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia