Perjanjian Persefahaman (MoU) antara IKRAM dengan Pos Keadilan Peduli Ummat (PKPU)

IKRAM diwakili Naib Presiden, Ustaz Wan Subki Wan Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa (JK) Perhubungan Antarabangsa IKRAM manakala PKPU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Agung Notowiguno. Majlis bersejarah tersebut telah disaksikan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Dewan Perwakilan Nasional IKRAM merangkap Ahli Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa, manakala pihak PKPU disaksikan oleh Sri Adi Bramasetiya selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKPU.

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Hasanuddin yang memulakan majlis, diikuti ucapan ringkas oleh Ustaz Wan Subki dan ucapan balas oleh Agung Notowiguno.

Ustaz Wan Subki dalam ucapannya menyatakan, empat bidang kerjasama telah dipersetujui hasil daripada perbincangan kedua-dua pihak iaitu kesihatan, kemanusiaan, kebajikan dan pendidikan. Menurutnya lagi selepas perjanjian ini termeterai, agensi-agensi di bawah naungan IKRAM akan melakukan tindakan susulan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan bagi merancakkan lagi kerjasama dalam meladeni aspek kemanusiaan di rantau ini.

Sementara itu, Agung Notowiguno dalam ucapan balasnya pula menyatakan rasa kesyukuran atas persetujuan serta kesudian pihak IKRAM untuk membuat perjanjian persefahaman dengan PKPU. Beliau menaruh sepenuh harapan kerjasama ini akan melebarkan lagi kesan kerja kemanusiaan di rantau ini melalui aktiviti yang lebih luas. Selain itu, ia diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara besar di Asia Pasifik serta bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan.

Majlis turut dihadiri Naib Presiden IKRAM Tuan Hj Syed Ibrahim Syed Noh selaku Pengerusi JK Masyarakat Madani, Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM merangkap Pengerusi JK Pembangunan Ekonomi Hj Shaharom Md Sharif, Timbalan Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa Ustaz Abd Haris Bain serta Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM merangkap Bendahari IKRAM Pusat Prof Dr Alauddin Mohd Ali.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia