PERINTIS-USIM jalin kerjasama dua hala

PERINTIS diwakili Presiden, Prof Dr Zainuddin Abdul Manan, Naib Presiden 2, Prof Madya Dr Salwani Daud, Pemangku Setiausaha, Dr Norhasnida Zawawi dan Prof Madya Dr Norita Mohd Norwawi. Pihak USIM pula diwakili oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA), Prof Dr Musa Ahmad serta Dr Khairul Nizam.

Antara kandungan perbincangan ialah pengenalan mengenai PERINTIS, usaha yang telah dilakukan oleh USIM dalam menyatukan ilmu sains dan akidah dan kerjasama dua hala yang boleh dilakukan oleh PERINTIS dan USIM. Misi dan visi PERINTIS-USIM dilihat selari untuk menjadi sebuah institusi ilmu dan platform yang terkehadapan dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.

TNCAA USIM menyambut baik hasil perbincangan tersebut dan telah melantik dua orang wakil daripada USIM untuk memastikan hubungan dua hala ini berjaya. Selain itu, PERINTIS-USIM bersetuju untuk menambah nilai kepada aktviti yang telah dilaksanakan oleh kedua-kedua belah pihak melalui penganjuran program bersama tiga program; program mobiliti, pertemuan pemikir Islam dan penyertaan dalam program PERINTIS Innovation House.

Bagi USIM, kerjasama dengan PERINTIS ini akan menjawab tiga KRA utama USIM iaitu pembangunan pelajar secara holistik, program antarabangsa dan pelbagai program untuk memenuhi MoU yang dimeterai melalui “Arab-Summit”.

Semoga perkongsian pintar antara PERINTIS dengan USIM secara berterusan mampu membentuk persepsi masyarakat menjadikan Sains sebagai wadah rahmatan lil ‘alamin, insya-Allah.

Gambar utama dari kiri: Dr Zainuddin dan Dr Musa

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia