Pertubuhan IKRAM Malaysia
Kenyataan Media
Perhimpunan Aman – Selamatkan Anak-anak Gaza
(Peaceful Rally – Save The Children Of Gaza)
31 Julai 2014
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyeru semua ahli-ahlinya dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai Perhimpunan Aman – Selamatkan Anak-anak Gaza ((Peaceful Rally – Save The Children Of Gaza) yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, 2 Ogos 2014, pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Perhimpunan ini adalah anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) dengan kerjasama Aqsa Syarif.
Perhimpunan ini diadakan bagi membantah sekeras-kerasnya kezaliman regim haram Israel yang menyerang bumi Gaza dan membunuh rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Rumah dan bangunan penduduk Gaza hancur dan musnah akibat pengeboman yang dilakukan di kawasan penempatan rakyat Palestin.
IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk turun berhimpunan pada hari Sabtu ini bagi menyatakan bantahan kepada regim Israel.
Atas dasar kemanusiaan, mari kita buktikan solidariti rakyat Malaysia bersama rakyat Palestin!
Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia