Perginya Seorang Srikandi Dakwah

Almarhumah Hajjah Saripah, adalah merupakan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Daerah Kulaijaya dan Pengurus Sumber Manusia Iman ELC Sdn Bhd yang mengendalikan rangkaian Tadika Iman Johor.  Dengan sokongan padu dan dokongan kuat suaminya Haji Salim Jamiun Almarhumah telah membuktikan dirinya selaku penggerak dakwah yang gigih, istiqamah dan penuh iltizam.

Jasa, sumbangan dan pengorbanan beliau terutamanya dalam bidang pendidikan dan pembangunan wanita dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia sangat besar dan bernilai. Bermula  dengan menjadi guru di Tadika Amal Kuala Lumpur pada awal 1980-an, kemudian menjadi penggerak aktif Sekolah Islam Al Irshad Kuantan dan akhirnya menjadi anggota pengurusan Iman ELC yang mengendalikan rangkaian 10 buah tadika dan 11 taska Iman di Johor.

Wanita IKRAM kehilangan seorang pemimpin wanita yang mempunyai peribadi mulia, gigih membangunkan wanita dan masyarakat sekelilingnya dalam bidang pendidikan anak-anak serta kekeluargan. Beliau meninggalkan contoh teladan yang wajar diikuti oleh kita semua.

Walaupun dilanda pelbagai masalah kesihatan, beliau tidak menjadikan semua itu alasan untuk sekadar menjadi pemerhati perkembangan dunia dakwah. Bahkan sehingga akhir hayatnya beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Wanita IKRAM Kulaijaya dan Pengurus Sumber Manusia Iman ELC.

Sesungguhnya beliau telah mengotakan janjinya;

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),” (Surah Al-Ahzab: 23)

Semoga Allah menerima amalan dan mujahadah beliau dan memberi kesabaran kepada Haji Salim, empat orang anak perempuan dan keluarga yang ditinggalkan.

 

Datin Paduka Hajjah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita


Prof Dr Omar Yaakub
Pengerusi JK Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia


26 Zulkaedah 1435H/ 21 September 2014

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia