Perginya Seorang Lagi Tokoh Ulama Ummah

Pada Sabtu 8 Ogos 2015, dunia telah kehilangan seorang lagi tokoh ulama ulung dengan pemergian al-Allamah Profesor Dr Wahbah bin Mustafa al-Zuhaili pada umur 83 tahun.

Beliau merupakan seorang ilmuan dan pakar perundangan Islam tersohor abad ke-20 dan ke-21 yang menjadi guru dan rujukan bagi begitu ramai sarjana Islam hari ini. 

Beliau adalah pakar rujuk Syariah dalam pelbagai akademi Fiqh dunia, termasuk Akademi Fiqh Antarabangsa di bawah OIC dan Akademi Fiqh Rabitah Alam Islami. Beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah oleh kerajaan Malaysia pada 2008/1430H.

Dr Wahbah al-Zuhaili adalah seorang ilmuan yang sangat produktif. Beliau telah menulis ratusan karangan termasuk buku dan makalah yang menjadi rujukan dunia Islam. Karangan beliau banyak yang bersifat ensiklopedia dalam pelbagai disiplin ilmu Islam khususnya fiqh perbandingan mazhab, perbandingan antara fiqh dan undang-undang moden, usul fiqh dan tafsir. 

Antara ciri istimewa karangan beliau ialah ianya mendekatkan karangan-karangan klasik ulama’ Islam dahulu kala kepada masyarakat kini dengan mengumpul ilmu-ilmu daripada pelbagai kitab lalu dikupas dan disusun semula dengan menggunakan bahasa moden yang lebih mudah difahami.  

Banyak buku karangan beliau yang telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Antara buku yang beliau yang paling popular ialah al-Fiqh al-Islami wa AdillatuhuUsul al-Fiqh al-Islami, Tafsir al-Munir dan lain-lain.

Ulama kelahiran Syria ini telah dilahirkan pada 1932, mendapat ijazah sarjana muda dalam Syariah pada 1956 dari Universiti Azhar, Mesir. Beliau juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam undang-undang dari Universiti Ain Shams. Beliau mendapat ijazah kedoktoran pada 1963 dalam bidang Syariah.

Dr Wahbah juga adalah seorang yang tegas menegur kemungkaran dan kezaliman. Teguran terhadap kezaliman rejim Assad di Syria telah menyebabkan beliau dikenakan tahanan di rumah sehingga akhir hayat.

Oleh itu, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) sebagai satu pertubuhan dakwah sungguh merasai kehilangan atas pemergian al-Allamah Dr Wahbah al-Zuhaili. IKRAM mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan memanjatkan doa agar beliau dicucuri rahmat Allah SWT. Semoga khazanah ilmu peninggalan beliau menjadi amal jariahnya sehingga ke akhir zaman. Ameen.

 

Ustaz Haji Burhanuddin bin Lukman

Pengerusi Jawatankuasa Ulama
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia