Perginya murabbiah dakwah, teman seperjuangan

Beliau adalah isteri kepada Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, yang mesra dengan panggilan ‘Ummi Mar’ dan ‘Kak Mar’, telah mengalami penyakit kanser payudara sejak 2009.

Dilahirkan pada 3 Julai 1960 di Sabak Bernam, Almarhumah memiliki empat cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup dengan Hj Nahar selama lebih 26 tahun iaitu Ummu Hani, Nusaibah, Asma’ dan Sofiah Kauthar.

Memiliki Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar dan Sarjana Pendidikan (Kaunseling) di Universiti Malaya, beliau pernah menjadi guru dan kaunselor di Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST), Subang Jaya dan Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin, Klang.

Seorang murabbiah kepada ramai akhawat, beliau sangat komited terhadap usrah dan sentiasa melaksanakan tanggungjawab dan tugasan yang diberikan. Beliau turut terlibat aktif dalam medan dakwah dan tarbiah serta pernah menjadi AJK Wanita JIM Pusat sesi 2007-2009.

Meskipun telah disahkan mengidap kanser, ia bukan alasan untuk tidak terlibat dalam dakwah. Dengan prinsip “buat kerja semasa sakit sebelum lebih sakit”, beliau turut menjadi AJK Wanita IKRAM Pusat dan Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) bagi sesi 2010-2014.

Antara yang disebut Almarhumah pada pagi terakhir ketika masih sedar adalah: “Ikhwah wal akhawat, ana uhibbukum lillaah..”

Antara catatan Almarhumah beberapa hari sebelum pemergiannya:

“Redhokanlah perjalanan Umi. Ampunilah segala kesalahan & kesilapan Umi. Mohon halal segalanya. Umi juga mohon Abah redho.

Moga Umi meninggalkan dunia ini dengan tenang. Moga kita bertemu di Jannah nanti.

Sekian. Jazakallah khairan jaza’.”

Pada pagi Khamis selepas pemergiannya, ratusan ikhwah dan akhawat, rakan dan taulan serta murid beliau menziarahi jenazah beliau di Bandar Puteri, Klang.

Jenazah beliau telah disolatkan oleh abangnya yang juga Mufti Negeri Selangor, Sahibussamahah Dato’ Setia Hj Tamyes Abdul Wahid di Surau An-Nur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa.

Semoga usaha gigih Almarhumah dalam dakwah dan tarbiah diterima Allah dan diganjarkan dengan syurga, insyaa-Allah.

 

Blog Almarhumah: http://wardahhamra.blogspot.com/

Video Almarhumah semasa Ramadhan 1433H: http://bit.ly/1vV2PmU

Berita FB:

1. http://on.fb.me/1seCI5t

2. http://on.fb.me/1GcN7oq

3. http://on.fb.me/1qot8RU

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia