Percepatkan dua dos vaksin langkah terbaik

SERI KEMBANGAN – “Lonjakan kes Covid-19 di Malaysia turut dibimbangi berpunca daripada penularan jangkitan varian Delta,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Beliau berkata demikian menerusi program The Nation bertajuk ‘Covid-19: Apa Lagi Ikhtiar Kita’ di Bernama TV pada Sabtu lalu.

Jelasnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa varian Delta disifatkan lebih ekstrem akan sentiasa bermutasi yang menyebabkan dunia kini dalam fasa bahaya.

Berikutan perkembangan itu, usaha memperkukuh dan meningkatkan tindakan kesihatan awam sedang dilakukan bagi membendung penularan jangkitan daripada varian ganas ini.

“Sehingga 30 Jun, hasil penjujukan genom, sebanyak 40 kes jangkitan Covid-19 varian Delta dikesan di negara ini.”

Negara mencatatkan kes harian positif Covid-19 melepasi angka 9,000 selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 9 Julai sebanyak 9,180 kes, 10 Julai dengan 9,353 kes dan 9,105 kes direkodkan pada 11 Julai.

“Penularan wabak Covid-19 daripada varian Delta boleh dikawal sekiranya dua dos vaksin Covid-19 ke atas penerima dapat dilengkapkan segera,” kata Ketua Unit Penyakit Berjangkit Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rosnida Mohd Noh.

Justeru, kerajaan perlu menggandakan usaha meningkatkan kapasiti suntikan dua dos vaksin kerana cara tersebut dilihat sebagai langkah terbaik bagi meningkatkan imuniti penerima vaksin sekali gus sebagai benteng pertahanan badan untuk melawan wabak berkenaan.

“Untuk melandaikan penularan sekarang, ‘ubat’ yang paling berkesan adalah vaksin. Tetapi untuk selamat, sebenarnya tidak cukup satu dos, kita perlu dua (dos) vaksin.”

Namun tambahnya, sesiapa pun tidak boleh mengatakan individu yang lengkap dua dos tidak akan dijangkiti langsung.

“Mereka ini masih boleh dijangkiti, cuma 88 peratus tidak bersimptom dan 96 peratus tidak perlu masuk ke hospital,” jelas Dr Rosnida.

Langkah ini seterusnya akan dapat mengurangkan kapasiti hospital yang kini berada dalam keadaan genting berikutan jumlah kes yang tinggi terutama di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Pemberian dua dos vaksin ini perlu disegerakan khususnya di kawasan yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi bagi membendung penularan virus selain dapat mengelak pembentukan varian baharu.”

Setakat Jumaat (9 Julai) lepas, sebanyak 3,190,789 orang atau 10 peratus penduduk di negara ini sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan bermula Februari lepas.

Hasil kajian Public Health England pada April dan Mei menunjukkan kadar keberkesanan dua dos vaksin Pfizer-BioNTech terhadap varian Delta adalah 88 peratus, sementara vaksin AstraZeneca 60 peratus.

Dr Rosnida berkata, varian Delta ini dilaporkan 60 peratus lebih mudah berjangkit berbanding virus asal Covid-19 dan keadaan itu amat membahayakan.

”Varian Delta terlalu cepat merebak, sistem kesihatan pun ketika ini dalam keadaan darurat. Selain vaksin, usaha lain yang perlu digandakan ialah membuat ‘test and trace’ sebagai langkah awal membendung jangkitan wabak ini.”

Dalam pada itu, rakyat juga perlu memainkan peranan dengan mematuhi SOP dan mengelakkan berkumpul tanpa keperluan demi keselamatan semua.

Varian Delta yang dikesan pada akhir 2020 di India, kini menyerang dunia apabila varian itu mengganas dengan kadar penularan yang pantas sehingga menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di banyak negara.

Selain itu, dunia kini turut diancam kebimbangan dengan penemuan varian baharu, Lambda yang dikenali sebagai C.37 dan pertama kali dikesan di Peru dan mengakibatkan jangkitan lebih 80 peratus kes di negara itu. Ia dikatakan lebih berbahaya dan mungkin kebal terhadap vaksin.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia