Perangi rasuah kerana iman

Bicara ini menampilkan Presiden IKRAM, Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub bersama moderator yang merupakan personaliti TV, Amin Idris.

 

“Pendirian IKRAM jelas, kalau kita hendak bangunkan negara yang bagus, jadi rakyat perlu dibangunkan dulu. Nabi Salallahualaihiwasallam sebutkan, akhlak yang bagus ini ialah golongan yang memberi manfaat kepada orang lain, bukan memberi kemudaratan,” ujar Dr Mohd Parid.

 

Beliau berkata, kita sebagai umat Islam telah diajar menjauhkan diri daripada melakukan kejahatan dan kerosakan, apatah lagi rasuah ini adalah perbuatan yang haram.

 

“Kita perlu tolak dan tentang terus (rasuah). Ini kita bertindak, ambil inisiatif berdasarkan iman. Kita imani perkara itu,” tegasnya.

 

Tambahnya, perkara yang haram itu jangan dibuat sebab ia membawa malapetaka. Perkara maksiat, perkara haram jika dilakukan akan menjemput bencana; bencana kepada peribadi, bencana kepada keluarga.

 

“Ingat orang yang ambil rasuah, keluarganya senang ke? Tidak. Walaupun duit dia banyak tapi ia tidak bahagia, sedangkan ia berterusan membuat dosa.”

 

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sudah tujuh tahun beliau memulakan gerakan ‘Quran-kan’ bangsa, mengislahkan ummah.

 

“Kerana kami melihat kualiti moral bangsa, kualiti cara beragama itu, dari segi fizikal memang bagus. Masjid semakin besar, namun orang kita paling kuat menipu, janji tidak tepati, hutang tidak bayar, rasuah berleluasa,” ujarnya ketika memulakan bicara.

 

Menurutnya, cara untuk membetulkan hidup orang Islam adalah dengan menukar sistem operasi mereka dengan sistem operasi al-Quran. Ia perlu ada mindset ‘Quranic operating system’.

 

“Kita boleh lihat, cara orang dulu belajar al-Quran dengan hafal saja. Dia mengaji saja, tapi dia tidak faham. Bila dia tidak faham, dia akan tengok apa yang orang buat di sekelilingnya.”

 

Tambahnya lagi, itulah yang menyebabkan kadang-kadang apabila mereka melihat pemimpinnya, mereka akan ikut.

 

“Tapi sekarang bila saya tengok keadaan negara kita terutama masa Covid-19 ini, orang semakin susah,” tegasnya.

 

“Semua masalah itu akan timbul dan kita tengok, bila keadaan politik, bila mula orang ‘jual beli’ dan ‘pindah-pindah’, saya rasa itu dah sampai satu tahap kemuncak.”

 

Sebelumnya pada 26 Februari lalu, melalui kenyataannya, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memutuskan bahawa Mac 2021 adalah Bulan Kempen Anti Rasuah.

 

Pada bulan ini, pelbagai usaha dan inisiatif akan dilaksanakan dalam usaha memerangi rasuah.

 

Tindakan ini adalah sebagai sokongan yang padu kepada usaha Dato’ Hussamuddin yang telah melancarkan gerakan Rasuah Busters.

 

Dalam pada itu, di peringkat IKRAM, usaha ini sedang digerakkan oleh Pasukan Petugas Masyarakat Progresif dalam inisiatif Advokasi Nasional.

 

Pelbagai aktiviti yang sedang dan akan diadakan sepanjang bulan Mac 2021 antaranya webinar Bicara Bina Negara, wacana berkaitan rasuah, pertandingan filem pendek, pertandingan menulis dan banyak lagi.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia