IKRAM sokong penuh pengisyitiharan Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia oleh PBB

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyokong penuh pengisytiharan Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah dipersetujui secara konsensus di Persidangan PBB di New York pada Rabu lepas.

 

Tarikh 15 Mac dipilih sempena insiden serangan ke atas jemaah Islam yang sedang menunaikan solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada tarikh yang sama pada tahun 2019. Insiden tersebut telah meragut 51 nyawa dan mencederakan 40 yang lain.

 

Inisiatif oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam persidangan PBB ini mencerminkan keperluan mendesak untuk menangani peningkatan diskriminasi, xenofobia (ketakutan dan kebencian yang dianggap asing atau pelik), sikap tidak bertoleransi dan keganasan terhadap umat Islam di seluruh dunia.

 

IKRAM beriltizam untuk sentiasa mendekati masyarakat berbilang etnik dan agama di Malaysia untuk menunjukkan bahawa Islam adalah sebuah agama yang mementingkan perdamaian, dan apabila dipraktikkan dengan berkesan, hanya membawa kebaikan untuk semua pihak.

 

IKRAM juga akan berusaha melakukan usaha-usaha advokasi dan pendidikan kepada masyarakat bagi menghapuskan sentimen Islamofobia yang dicanangkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

IKRAM menyeru semua warga Malaysia berbilang agama untuk sentiasa hormat-menghormati sesama kita dan tidak melampaui batas dalam bertindak dan bertutur kata.

 

Semoga Malaysia kita terus mendapat keberkatan Ilahi kerana kesatuan kita menentang segala bentuk kezaliman termasuk dalam sentimen Islamofobia ini.

 

Prof. Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
Pemangku Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia