Perak juara Cultural Day Wanita IKRAM 2015

Bertujuan bagi mengeratkan ukhuwwah antara wanita muda dan lama, kontinjen Perak yang diketuai oleh Hajah Ezatul Emilia Muhammad Arif telah merangkul Piala Serikandi Asma’ dengan hadiah iringan bagi juara keseluruhan dan juga juara kategori Permaisuri Sehari dalam program tersebut.

 

Perasmian dan tazkirah

Program anjuran Jawatankuasa Wanita Muda IKRAM yang dirasmikan oleh Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim turut diiringi dengan tazkirah oleh Naib Ketua Wanita, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh mengenai keperluan mempunyai rasa cinta sebagai tanda orang-orang yang beriman dan bertakwa agar mendapat rahmah dari Allah dengan renungan daripada surah al-Aa’raf ayat 96 dan surah at-Taubah ayat 100.

   

Santapan Ukhuwah: Juara (Selangor), hidangan juara dan naib juara

Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang program istimewa buat wanita antaranya Santapan Ukhuwah iaitu pertandingan memasak, Permaisuri Sehari iaitu menghias pengantin dan membuat gubahan hantaran yang mana setiap daripadanya memerlukan daya kreativiti, semangat dan ketekunan daripada peserta. Turut diadakan gerai jualan pakaian muslimah, pelbagai jenis makanan basah, kek, biskut dan buku-buku.

 

Permaisuri Sehari: Juara (Perak) dan pembentangan

Selain Perak yang menjadi juara keseluruhan dan juara kategori Permaisuri Sehari, naib juara kategori ini diraih oleh kontinjen Terengganu dan tempat ketiga diraih kontinjen Wilayah Persekutuan. Bagi kategori Santapan Ukhuwah, pertandingan memasak tersebut dimenangi oleh kontinjen Selangor, Sarawak menjadi naib juara sementara Perlis meraih tempat ketiga.

Barisan urusetia program

Semoga usaha Jawatankuasa Wanita Muda IKRAM di bawah kendalian Dr Diana Katiman untuk mempertautkan ukhuwah melalui program ini berjaya mencapai objektifnya insya-Allah.

Foto1: http://on.fb.me/1KThrec
Foto2: http://on.fb.me/1VG0uHy
Foto3: http://on.fb.me/1EH2US9
Foto4: http://on.fb.me/1JXKlJz
Foto5: http://on.fb.me/1JHaNU2
Foto6: http://on.fb.me/1KThrec

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia