Penyusuan susu ibu: Malaysia antara terendah di Asia Tenggara

“Dan Malaysia merupakan antara negara terendah di Asia Tenggara yang memberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif,” kata Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ustazah Hajah Sallawahiu Mohd Salleh.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media Wanita IKRAM sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun.

Tambah beliau, temubual yang dijalankan di sebuah Hospital Universiti di Kuala Lumpur menunjukkan 67 peratus ibu memberhentikan penyusuan kerana kekurangan susu ibu serta kebanyakan bayi mula diberikan makanan selain daripada susu ibu seawal umur tiga setengah bulan.

“Para ibu yang berpendapatan tinggi juga didapati memberhentikan penyusuan susu ibu lebih awal berbanding mereka yang berpendapatan rendah.”

Oleh itu, Ustazah Sallawahiu menggesa agar semua pihak perlu memainkan peranan bagi mencapai sasaran World Health Assembly (WHA) iaitu 50 peratus bayi mendapat penyusuan susu ibu secara eksklusif selama enam bulan.

“Wanita IKRAM menyarankan agar Polisi Perlindungan Sosial diperkasakan untuk ibu bapa yang merangkumi cuti bergaji kepada ibu bapa bagi tujuan penjagaan bayi,” jelasnya.

Selain itu, katanya, perlu diwujudkan polisi tempat kerja yang fleksibel bagi membolehkan penyusuan susu ibu serta bantuan kewangan daripada pihak kerajaan bagi membantu penyusuan susu ibu.

Kajian menunjukkan bahawa susu ibu mempunyai banyak faedah kepada bayi melibatkan perkembangan psikomotor, emosi, sosial dan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).

Susu ibu juga mampu mengurangkan risiko kencing manis, kanser, jangkitan telinga dan pneumonia serta mempunyai antibodi tinggi untuk melawan penyakit, menggalakkan penghadaman yang mudah, tumbesaran dan banyak lagi.

Sumber: http://bit.ly/km-susuibu

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia