Penyelewengan dana RM100 juta perlu penyiasatan rapi

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius penahanan seorang pegawai kanan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan bernilai RM100 juta. Kes penahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut diakui oleh Menteri Belia dan Sukan, Saudara Khairy Jamaluddin. 

IKRAM menggesa supaya siasatan rapi dijalankan tanpa gangguan mana-mana pihak berkepentingan sehingga kes ini selesai dibicarakan di mahkamah. Kes ini perlu diutamakan kerana ianya melibatkan dana awam dalam jumlah yang besar.  

IKRAM turut meminta Menteri Belia dan Sukan bertanggungjawab penuh ke atas kes ini kerana penyelewengan ini sudah lama berlaku dan gagal dikesan oleh pihak kementerian di bawah jagaan beliau.

IKRAM mengingatkan semua pihak yang menguruskan dana awam supaya sentiasa memelihara amanah. Kesan dari pecah amanah ini amat besar implikasinya kepada negara. Semoga kita semua diperingatkan dengan azab Allah s.w.t yang menanti mereka yang tidak menjaga amanah.

Ust Dr Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia